Pengarah Aziz M Osman mahu anaknya, Ara melalui sendiri pengalaman sebagai seorang pelajar universiti meskipun baru berusia 15 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Saya Dah Berlalu, Saya Bangga Dengan XX-Ray & Puteri Impian’ – Aziz M Osman Puji Pembikin Filem Masa Kini
Artikel Berkaitan: Aziz M Osman Perjelas Isu Lan Pet Pet Tiada Dalam Filem Baru Senario – ‘Dia Ada Komitmen Lain’
Ara fokus belajar

Ketika ditemui , Aziz berkata dia tidak melihat faktor usia sebagai ukuran untuk menentukan kemampuan seseorang melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Suka atau tidak dia kena hadap proses belajar. Saya tahu evolusi dia sebagai seorang pelajar universiti. Saya tak meletakkan dia muda atau tua.
Kalau dia masuk situ, maksudnya dia layak untuk berada di situ. Dia kena hadap benda itu. Ia bukan isu muda atau tua. Itu cabaran yang dia hadapi.
Aziz berkata demikian ketika menghadiri majlis tahlil Allahyarhamah Tun Hasmah anjuran Umie Aida dan Erma Fatima yang berlangsung di Mussollah Aisya pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai keadaan Ara di kampus, Aziz berkata antara cabaran yang dihadapi anaknya adalah dari segi fizikal kerana merupakan pelajar paling kecil dalam kelas.
Dia duduk di Melaka bersama ibunya. Seminggu sekali saya akan ambil dia untuk duduk bersama saya. Struggle dia di sana ialah di dalam kelas, dia adalah murid yang paling kecil badannya. Selain dari itu dia baik-baik sahaja.
Ditanya mengenai perkembangan nyanyian anaknya itu, Aziz berkata Ara buat masa ini tidak aktif dalam industri seni kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran terlebih dahulu.
TTMM dijemput secara kebetulan tetapi bukan ke arah situ. Kalau ada, adalah. Ada dapat tawaran cuma buat masa sekarang, dia akan tumpukan pada pelajaran.
Tak tahulah kalau pada masa akan datang nanti bagaimana pula.
Terdahulu, anak Aziz.M Osman iaitu Ara Aziz mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melangkah ke institusi pengajian tinggi pada usia seawal 15 tahun.
Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra memulakan pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu.
Sekadar info, Ara merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Aziz dan penerbit, Puteri Lily Lokman.
The post ‘Cabaran Ara Di Universiti, Dia Paling Kecil Dalam Kelas’ – Aziz M Osman first appeared on OHBULAN!.





