Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tampil menjawab persoalan netizen berkenaan pilihan lagu yang dinyanyikan ketika diundang membuat persembahan dalam sebuah acara.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Enggan Layan Kritikan, Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial – ‘Saya Mahu Cari Semula Diri’
Artikel Berkaitan: Fokus Watak Puteri Gunung Ledang, Aisha Retno Tangguh Baki Lagu Album Re.Hab Hingga Hujung Tahun
Jawab persoalan
View on Threads
Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam, kebanyakan pilihan lagu dibuat berdasarkan kesesuaian dengan konsep program.
Jelasnya, dia tidak boleh sesuka hati membawakan lagunya sendiri sekiranya tidak bersesuaian dengan konsep yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.
Jikalau menyanyi lagu Tak Adil, lagu tu sudah pernah dinyanyikan petrova, kalau nyanyi lagu-lagu dalam album saya ia tidak menyatu dengan tema yang produksi salurkan.
Temanya adalah ‘plot twist’, maka lagu Jodoh Lebaran lah yang dipilih untuk saya diberikan tugas mem-plot-twist kan lagu itu.
Telusnya lagi saya mengubah liriknya menjadi Jodoh Sumandak dengan genre swing jazz.
Terdahulu, seorang individu mempersoalkan tindakan Aisha yang dilihat sering membawakan lagu Jodoh Lebaran tetapi hanya menukar liriknya setiap kali membuat persembahan.
Sumber: Threads
The post Aisha Retno Tak Berdiam Diri, Jawab Persoalan Netizen Kerap Nyanyi Lagu Jodoh Lebaran first appeared on OHBULAN!.





