Pelakon Zila Bakarin, tampil menjelaskan isu berhubung habuan yang diterima pemenang program Kilauan Emas Selebriti, selepas luahannya mengenai perkara itu sebelum ini mengundang perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zila Bakarin Terkilan Tiada Hadiah Wang, Dedah Banyak Berkorban – ‘Musim Sebelum Ini Sampai Berpuluh Ribu’
Penjelasan Zila

Menerusi hantaran di Threads, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, mengakui sudah mengetahui mengenai hadiah yang bakal diterima oleh para pememang rancangan berkenaan.
Hentikan isu habuan. Saya bercakap daripada pandangan saya. Tak setuju atau tak suka, terpulang.
Sebenarnya sudah diberitahu. Ya, saya dah tahu dan faham. Dan bukan saya yang berada di tempat habuan itu.
Bagaimanapun, Zila mengharapkan ada kejutan semasa di pentas akhir program tersebut, yang dipercayai boleh memberi pengalaman lebih baik kepada para peserta.
Bila saya beri pandangan dan keluhan, itu adalah benar-benar dari sudut pandangan saya dan saya mengharapkan ada magik pada hari kejadian.
Selain itu, Zila berkata, luahan mengenai isu berkenaan adalah kerana dia berasa kasihan terhadap peserta lain yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.
Saya kasihankan kami. Tapi kenapa kami berselindung dalam selimut kepam masing-masing?
Selesa dalam selimut masam daripada hidup udara segar. Pelik tapi benar…tetapi saya faham.
Terdahulu, pemenang tempat ketiga Kilauan Emas Selebriti itu terkilan apabila mengetahui tiada hadiah wang tunai disediakan, lebih-lebih lagi selepas musim sebelumnya menawarkan hadiah bernilai puluhan ribu ringgit.
Sumber: Threads
The post Zila Bakarin Akui Sudah Diberitahu Tentang Habuan – ‘Saya Kesiankan Kami..’ first appeared on OHBULAN!.





