28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kami Bercuti Dengan Ramai Orang, Saya Nikmati Masa Berehat’ – Anna Jobling

    Shopee Sale

    Pelakon jelita, Anna Jobling kini lebih terbuka berkongsi momen percutian di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat bersama kekasihnya yang juga selebriti Indonesia, Karel Susanteo, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: OBPVO: Anna Jobling Dinobat Selebriti Paling Viral 2025!

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Nampak Kesakitan Yang Dilalui Disebabkan Seorang Individu’ – Pembantu Peribadi Anna Jobling

    Bercuti dengan keluarga

    Menurut Anna, 26, percutian itu tidak dilakukan berdua sahaja, sebaliknya turut disertai ramai individu termasuk ahli keluarga dan rakan terdekat.

    Saya bercuti dengan ramai orang dan pada masa sama ada keluarga serta kawan-kawan juga.

    Bukan saya pergi bercuti dengan seorang sahaja, tetapi ada ramai bersama saya.

    Bila sudah penat bekerja, saya fikir perlu ambil masa untuk berehat seketika dan nikmati masa itu.

    Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran eksklusif Tomei Raya bersama Anna Jobling di Tomei HQ, Jalan Klang Lama, pada Jumaat.

    Mengulas lanjut, aktres kacukan Melayu, Inggeris dan Portugis itu menjelaskan walaupun dia berkongsi momen percutian di media sosial, masih ada batas privasi yang dijaga.

    Saya juga ‘post’ (berkongsi) mengenai percutian itu dan bukan lagi rahsia. Bagaimanapun, ia tetap ada privasi. Ia privasi, tetapi bukan rahsia.

    Kalau ada sesuatu yang mahu dikongsikan, saya akan kongsi. Saya tak ada perasaan yang semua orang tak boleh tahu mengenai saya, sebab saya sendiri kongsi mengenai perkara.

    Saya minta doakan yang terbaik buat saya. Saya patut untuk merasa gembira dan begitu juga buat orang lain. Saya tahu siapa diri sendiri, selagi saya menjaga diri, ia tidak ada masalah.

    Komen negatif

    Dalam pada itu, pelakon filem Sukma turut mengakui tidak terlepas daripada menerima komen negatif, namun memilih untuk melihat sokongan orang terdekat sebagai keutamaan.

    Semua komen yang diberikan baik-baik sahaja dan semuanya manis. Memang ada sahaja yang macam tak bersetuju, tapi saya tahu segala-galanya untuk saya.

    Saya fikir perlu untuk diri sendiri rasa gembira, asalkan saya tak kacau sesiapa. Jadi, bila orang yang rapat dengan saya memberi sokongan terhadap apa dilakukan dan buatkan saya gembira itu adalah perkara penting.

    Dalam perkembangan berkaitan, Anna sekali lagi dipilih sebagai duta jenama barangan kemas Tomei bagi kempen Hari Raya 2026 bertemakan ‘Pulang, The Joy I Carry Home’, menampilkan beberapa koleksi utama termasuk Sri Puteri, Diamond Cut, Anastasia dan Tomei Diamond Collection.

    Alhamdulillah saya masih lagi kekal sebagai duta Tomei. Tahun ini kita ada banyak koleksi dan rekaan yang cantik khusus untuk hari raya Aidilftiri.

    Sebagai seorang yang sukakan barang kemas, sudah tentu saya teruja untuk beraya bersama rangkaian koleksi Tomei.

    The post [VIDEO] ‘Kami Bercuti Dengan Ramai Orang, Saya Nikmati Masa Berehat’ – Anna Jobling first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Hampir 500,000 Transaksi Direkod, Pengguna Minta JustGO Diperluaskan Segera

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah