30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Gembira Kembali ke Berat Asal, Kini Cecah 45kg – ‘Seminggu Tak Sihat Hilang Selera Makan’

    Shopee Sale

    Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira apabila berat badannya akhirnya kembali kepada 45 kilogram (kg) sekali gus mencapai berat asal yang diinginkan.

    Artikel Berkaitan: ‘Setiap Tahun Ibu Pesan Dekat Anak-Anak Jangan Belikan Dia Apa-Apa, Mahu Kami Simpan Duit’ – Anzalna Nasir

    Artikel Berkaitan: Sebak Kenang Nasib Golongan Susah, Anzalna Nasir Ambil Inisiatif Bantu Keluarga Memerlukan – ‘Boleh DM Atau Maklumkan’

    Berat susut

    View on Threads

    Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md Nasir berkata penurunan berat badannya bukan disebabkan amalan diet sebaliknya berpunca daripada hilang selera makan.

    Katanya, perubahan berat badan itu berlaku dalam tempoh hanya tujuh hari.

    Cuba teka? Saya berjaya turunkan berat badan dalam masa seminggu.

    Baru sahaja terfikir nak mula diet, sekali seminggu tak sihat terus hilang selera makan. Bukan diet! Secara automatik turun semula ke berat 45kg.

    Anzalna berkata dia bimbang apabila berat badannya mencecah 51kg, sama seperti ketika dia berbadan dua sebelum ini.

    MENARIK:  Video: Nabila Huda Mengatakan Bahawa Beliau Sanggup Menghabiskan Duit Atas Kebahagiaan Anaknya Meskipun Risau Akan Menghadapi Hantu Jika Beliau Gagal Mendapatkan Keinginan Anaknya

    Selepas berhasil mendapatkan berat badan yang diinginkan, Anzalna berkata sudah tiba masanya untuk kembali kepada rutin sihat dan memberi fokus semula terhadap penjagaan diri.

    Hari tu asyik cakap dekat orang yang berat saya tiba-tiba naik sampai 51kg.

    Itu dah kira berat masa mengandung.

    Apa-apa pun, sudah tiba masanya untuk kembali menjaga kesihatan dan terus bersinar.

    Sumber: Threads

    The post Anzalna Nasir Gembira Kembali ke Berat Asal, Kini Cecah 45kg – ‘Seminggu Tak Sihat Hilang Selera Makan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah