29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’

    Shopee Sale

    Seorang lelaki berusia 40 tahun dikenal pasti sebagai suspek utama selepas kes kematian bayi lelakinya yang berusia 18 bulan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

    Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Bun*h Diri Ketika Panggilan Video Bersama Rakan

    Artikel Berkaitan: Gara-Gara Mahu Kahwin Lain, Isteri Didakwa Bun*h Suami

    Bapa didakwa bunuh, liwat bayi?

    Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor iaitu Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kematian mangsa daripada seorang doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 13 September 2023.

    Menurutnya, bayi berkenaan dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian pinggang, perut menggelembung serta bengkak pada bahagian dubur.

    Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi pada hari sama. Pada peringkat awal, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki berlaku pengabaian sehingga menyebabkan kematian.

    Sepanjang tempoh siasatan, polis mengambil keterangan daripada 13 individu termasuk ahli keluarga mangsa serta keluarga pengasuh selain mendapatkan sampel darah untuk tujuan ujian DNA.

    Bagaimanapun, hasil analisis Jabatan Kimia tidak dapat mengenal pasti individu terbabit selepas sampel cecair yang dipercayai air mani ditemui pada bahagian dubur mangsa didapati tidak mencukupi untuk tujuan perbandingan DNA.

    MENARIK:  World Cup 2026: Gol Messi Cipta Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepatut Tidak Dikira

    Siasatan kemudian membawa kepada penahanan bapa mangsa pada 18 Julai lalu, sebelum bapa saudara mangsa berusia 35 tahun turut ditahan pada 22 Julai.

    Pemeriksaan mendapati bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh di Singapura tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala bapa saudara mangsa mempunyai 13 rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah serta disahkan positif ganja melalui ujian saringan air kencing.

    Penemuan terbaharu kes itu tidak menolak kemungkinan mangsa diliwat oleh bapa namun perkara itu masih dalam siasatan.

    Hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit milik bapa mangsa turut menemukan gambar dan video lucah.

    Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

    Suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi pertuduhan berkenaan, manakala bapa saudara mangsa yang telah dibebaskan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan.

    Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

    The post Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah