28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Terima Kasih Kerana Tak Halang Ibu Terbang Tinggi’ – Shila Amzah Luah Kasih Buat Seth & Leia

    Shopee Sale

    Pentas Shila Amzah di Dewan Filharmonik Petronas malam tadi dipenuhi emosi apabila penyanyi itu berkongsi momen penuh kasih sayang bersama dua cahaya matanya ketika berlangsungnya konsert solo Resonance: Shila Amzah in Harmony 25 Years of Music and Memories.

    Artikel Berkaitan: Penonton Puji Vokal & Persembahan Shila Amzah – ‘Dia Memang Seorang Performer, Patutlah Popular Di China’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Warisi Thalasemia Dari Sebelah Ayah & Dua Kali Bersalin Secara Czer.. Doktor Tak Galakkan Untuk Mengandung’ – Shila Amzah

    Shila Amzah sebak nampak Seth

    Menerusi persembahan istimewa itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, meluahkan penghargaan buat anak-anaknya iaitu Seth Uwais dan Rhea Akira (Leia) yang sentiasa memahami perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.

    Suasana dewan bertukar syahdu apabila Seth dilihat berdiri sambil memegang papan tanda tertulis ‘I Love You Mama’ sebagai tanda sokongan buat ibunya yang sedang membuat persembahan di atas pentas.

    Tidak dapat menahan sebak, Shila kemudian menitipkan ucapan penuh menyentuh hati kepada kedua-dua anaknya.

    Terima kasih kerana tidak menghalang ibu untuk terbang lebih tinggi. Saya sangat mencintai kamu berdua. Saya mencintai anda, Seth, Leia!

    Momen tersebut tercipta ketika pelantun lagu Patah Seribu itu menyampaikan bait-bait lagu iklan ‘Ibu-Ibu’ yang cukup sinonim suatu ketika dahulu.

    MENARIK:  Kesihatan Ebby Yus Merudum, Jep Sepahtu Datang Ziarah – ‘Love You Abang’

    Menurut Shila, ibunya merupakan individu pertama yang menyedari bakat nyanyiannya sejak kecil menerusi tabiatnya yang gemar menyanyikan lagu-lagu iklan di televisyen.

    Ibu saya adalah orang yang selalu nampak Syah (Shila) suka nyanyi lagu-lagu iklan. Dulu-dulu tiada media sosial, jadi setiap kali menonton TV, itulah masanya dia menyedari bahawa saya boleh menyanyi.

    Tambah menarik, Shila berkata anak-anaknya kini turut menunjukkan minat yang sama apabila gemar menyanyikan lagu-lagu iklan seperti dirinya sewaktu kecil.

    Dalam pada itu, konsert berkenaan turut diangkat sebagai simbolik sambutan Hari Ibu apabila pihak penganjur bersama Fernleaf mengagihkan bunga carnation kepada semua ibu yang hadir.

    Inisiatif tersebut dilihat sebagai penghargaan terhadap pengorbanan seorang ibu, sekali gus menjadikan malam Resonance lebih bermakna dan meninggalkan memori indah buat para penonton.

    The post ‘Terima Kasih Kerana Tak Halang Ibu Terbang Tinggi’ – Shila Amzah Luah Kasih Buat Seth & Leia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah