29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penduduk Cheneh, Kemaman gempar kumpulan gajah ceroboh taman perumahan

    Shopee Sale

    Lebih 2,500 penduduk di Taman Gemilang Peringkat 4 di Bandar Cheneh Baharu dekat Chukai gempar dengan kemunculan sekumpulan gajah liar di kawasan perumahan berkenaan pada Jumaat lepas.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Peringkat Empat, Cheneh Baharu, Wan Nordin Wan Omar, 63, berkata pencerobohan gajah di kawasan taman perumahan itu merupakan kali kedua pada tahun ini dengan kejadian pertama pada Mei lepas.

    Beliau berkata penduduk bimbang kerana kumpulan gajah itu semakin berani dengan menghampiri rumah mereka untuk mencari makanan.

    "Aktiviti pembalakan dan perlombongan yang tidak terkawal dipercayai punca haiwan berkenaan bertindak menceroboh kawasan penempatan penduduk.

    "Kita harap pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan menghalau gajah berkenaan kembali memasuki kawasan hutan berhampiran," katanya ketika ditemui pemberita di taman tersebut di Chukai hari ini.

    Seorang penduduk Johazly Mat Zin, 53, berkata dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di bahagian belakang rumah pada 1.30 pagi Jumaat lepas sebelum bangun dan membuka tingkap bilik lalu terlihat beberapa ekor gajah liar sedang memakan pokok pisang.

    MENARIK:  Polis tembak mati lelaki disyaki dalang geng samun

    "Saya hanya mampu memerhati dari dalam rumah kerana bimbang keselamatan keluarga.

    “Mujurlah kumpulan gajah itu beredar tidak lama kemudian," katanya.

    Mohd Fazli Mat Yusof, 36, pula berkata lima pekebun mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas beberapa batang pokok durian, rambutan, cempedak, nangka dan kelapa serta pagar mereka dirosakkan kumpulan gajah berkenaan.

    Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dennis Ten Choon Yung ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dan memantau pergerakan kumpulan gajah itu bagi mengelakkan haiwan berkenaan menceroboh kawasan perumahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah