29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azhan Rani Jawab Dakwaan Dilabel ‘Artis Sombong’ – ‘Saya Tak Boleh Layan Orang 24 Jam’

    Shopee Sale

    Pelakon Azhan Rani tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabel dirinya sebagai ‘artis sombong’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhan Rani Rayu Bantuan Cari Kucing Hilang – ‘Bila Kilau Tak Ada, Saya Rasa Macam Sesuatu Tak Kena’

    Artikel Berkaitan: Azhan Rani Sambut Syawal Dengan T-Shirt Sejak Pemergian Bapa – ‘Saya Pakai Baju Melayu Untuk Kerja Je’

    Azhan Rani beri penjelasan

    Ketika ditemui , Azhan berkata dia tidak mengambil hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan di media sosial terhadap dirinya.

    Sebagai seorang selebriti, Azhan menyedari setiap tindakan dalam kehidupannya sentiasa menjadi perhatian umum dan dinilai oleh masyarakat.

    Saya tak boleh serve orang 24 jam. Sebagai pelakon, saya tetap manusia juga.

    Saya minta maaf, kadang-kadang orang panggil dari jauh kita tak perasan. Ada masa mungkin tengah makan atau baca mesej, orang nampak muka kita terlalu serius. Orang tak tahu apa yang kita lalui.

    Kalau orang kata saya sombong apa semua, itu mungkin harga kerana saya seorang yang dikenali. Tapi saya tak salahkan semua orang. Orang yang kenal saya betul-betul tahulah saya macam mana.

    Azhan berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Bulan Henti Bicara yang berlangsung di Bizmilla Grand Hall, Putrajaya baru-baru ini.

    MENARIK:  Faizal Ismail menegaskan bahawa tuduhan berpoligami di Madinah adalah fitnah yang merosakkan reputasinya

    ‘Perkara macam ni kita tak boleh nak kawal’

    Dalam pada itu, Azhan turut berkongsi bahawa sikap ramahnya sebelum ini juga pernah disalahertikan oleh segelintir pihak.

    Dulu saya suka senyum dengan orang. Lepas tu ada yang kata saya artis perasan dan ingat diri popular. Jadi, saya fikir bila kita senyum pun salah, diam pun salah.

    Saya pernah sembang dengan pengurus saya, dia isteri orang. Kemudian timbul cerita kononnya saya keluar dengan isteri orang, sedangkan orang tidak bertanya pun apa yang sebenarnya berlaku.

    Bagaimanapun, Azhan memilih untuk terus melakukan kebaikan dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas tanggapan tersebut.

    Perkara macam ni kita tak boleh nak kawal. Sebab itu saya sentiasa pesan kepada diri sendiri supaya terus buat baik sahaja.

    The post Azhan Rani Jawab Dakwaan Dilabel ‘Artis Sombong’ – ‘Saya Tak Boleh Layan Orang 24 Jam’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah