30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tingkatan Enam kekal bawah KPM, pengurusan, skim guru antara pertimbangan

    Shopee Sale

    Sistem pengurusan prauniversiti Tingkatan Enam dikekalkan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem sedia ada, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Dia berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa aspek melibatkan pengurusan pelajar Tingkatan Enam selain skim berkaitan perkhidmatan guru.

    “Buat masa sekarang, saya putuskan supaya prauniversiti Tingkatan Enam masih di bawah KPM,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga KPM di Putrajaya hari ini.

    Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

    Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.

    Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata walaupun Tingkatan Enam kekal di bawah KPM, pelajarnya perlu mempunyai identiti tersendiri sebagai pelajar pasca sekolah dan prauniversiti.

    “Kalau pun dalam satu sekolah, Tingkatan Enam itu harus ada blok berasingan dan kemudian minta pengetua urus ini sebagai satu projek yang berasingan.

    MENARIK:  DAP, MCA digesa guna semangat bahas papan tanda dalam isu rasuah

    “Jangan dimasukkan kalau umpamanya (pelajar Tingkatan Enam) dalam perhimpunan, biar perhimpunan itu untuk Tingkatan Lima ke bawah,” katanya.

    Beliau berkata pendekatan itu penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang mencerminkan kedudukan sebenar pelajar Tingkatan Enam sebagai laluan ke pendidikan tinggi.

    Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula cadangan meletakkan Tingkatan Enam di bawah KPT pada masa hadapan apabila sistem dan pelaksanaannya lebih bersedia.

    “Kita boleh kaji semula setelah pelaksanaan ini untuk beberapa tahun akan datang kalau dirasakan perlu, dalam keadaan pelajar boleh pergi ke kolej-kolej khas Tingkatan Enam di tempat lain,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah