29.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MB arah MBSA ambil tindakan segera petempatan haram di Setia Alam

    Shopee Sale

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan segera terhadap kewujudan petempatan haram warga asing di sekitar Setia Alam di Shah Alam.

    Beliau berkata arahan itu susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor beberapa hari lepas yang menetapkan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan sekiranya didapati berlaku pencerobohan tanah.

    “MBSA akan mengambil tindakan termasuk mengeluarkan notis kepada pemilik tanah terbabit dan mengenal pasti sama ada tanah tersebut milik kerajaan atau persendirian.

    “Hari ini, apabila perkara ini dibangkitkan, saya sudah memaklumkan pihak terbabit dan percaya tindakan segera akan dilakukan, terutamanya notis kepada tuan tanah,” katanya.

    MENARIK:  Isu air: Apa Tuan Ibrahim buat masa jadi menteri, soal Rafizi

    Amirudin berkata demikian pada sidang media Pelancaran Festival Turath Islami Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam hari ini.

    Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata pihaknya menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di sekitar Setia Alam walaupun tindakan penguatkuasaan telah diambil pada awal April lepas.

    Petempatan haram itu didakwa juga dibina di kawasan ladang kelapa sawit dan didiami ribuan warga asing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah