32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Boleh Saya Nak Kawan-Kawan Jadi Juara, Sebab Mereka Lebih Memerlukan’ – Azeva Natassha

    Shopee Sale

    Anak kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida iaitu Azeva Natassha ada sebab tersendiri mengapa dia tidak meletakkan harapan yang besar untuk bergelar juara program realiti Talk To My Manager 2 (TTMM2).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Haikal Menangis, Terharu Lihat Persembahan Azeva & Ameng – ‘Keluarga Yang Sebelum Ini Berpecah..’

    MENARIK:  Pengarah Filem ‘Tafakur’ Tak Kisah Penonton Bagi Komen Negatif – ‘Saya Ambil Maklum Balas & Buat Penambahbaikan Untuk Karya Akan Datang’

    Artikel Berkaitan: ‘Selepas Cerai, Ini Kali Pertama Saya & Azeva Satu Pentas Dengan Ameng..Tuhan Pertemukan Semula Kami Sekeluarga’ – A Aida

    Kawan-kawan lebih memerlukan

    " data-video-id="7631577786657819911" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dhia.adwaa

    …sebab saya tahu mereka lebih memerlukan”. #ttmm #azeva #amengspring #talktomymanager

    ♬ original sound – dhia adwa – dhia adwa

    Menerusi perkongsian di siaran langsung TikTok, Azeva atau nama lengkapnya Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, berharap agar rakan-rakan seperjuangannya di dalam program tersebut memperoleh kemenangan.

    Menurut Azeva, baginya sudah memadai jika dia berjaya melangkah ke final meskipun tidak dapat menyandang gelaran juara.

    Hal itu kerana Azeva merasakan peserta-peserta lain lebih memerlukan kemenangan tersebut berbanding dirinya.

    Saya nak kawan-kawan saya dapat top three, saya dapat nombor lima pun okay asalkan dapat pergi final. Itu pun saya sudah bersyukur, Alhamdulillah.

    Sebab saya tahu mereka lebih memerlukan (kemenangan) itu berbanding saya.

    Saya akan gembira jika jadi juara, tapi saya tahu kawan-kawan saya lagi memerlukan.

    Jadi kalau boleh, saya nak kawan-kawanlah yang menjadi juara.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi keperibadian yang dimiliki oleh anak penyanyi terkenal Ameng Spring itu.

    Dalam masa yang sama, mereka juga memuji Azeva kerana kemuliaan hatinya yang sentiasa memahami kesusahan orang lain.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Kalau Boleh Saya Nak Kawan-Kawan Jadi Juara, Sebab Mereka Lebih Memerlukan’ – Azeva Natassha first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah