Usahawan popular, Kak KM menyorot perhatian apabila tampil memberi bonus kepada para pekerjanya sekali gus menjadikan tahun 2025 sebagai penutup yang cukup bermakna.
Artikel Berkaitan: Kak KM Dihujani Komen Positif, Akui Pernah Berniat Untuk Berhijab – ‘Perlahan-Lahan Saya Belajar & Berubah’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf, Saya Lalai..Sebenarnya Beg Tu Dah Lama Saya Beli’ – Kak KM
Bonus manis-manis
Menerusi muat naik di TikTok, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli menyatakan rasa syukur terhadap sokongan yang diberikan.
Terima kasih semua. Kalian semua adalah kekuatan dan tulang belakang saya. Disebabkan kalian, kita semua berjaya.
Doakan tahun akan datang kita lebih berjaya dan maju.
Dalam pada itu, Kak KM turut mengambil peluang untuk memohon maaf secara terbuka kepada para pekerjanya sekiranya pernah terkasar bahasa sepanjang bekerja dengannya.
Sepanjang tahun 2025, mana yang kecil hati dengan saya, saya minta maaf banyak-banyak.
Masa bekerja macam biasalah kadang-kadang asyik marah saja. Saya akui kalau waktu bekerja memang mulut jahat sangat.
Tapi saya harap jangan simpan dalam hati.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Kak KM Beri Bonus Kepada Pekerja, Tutup 2025 Dengan Kejutan Istimewa – ‘Saya Akui Waktu Bekerja Memang Mulut Jahat’ first appeared on OHBULAN!.






