34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jofliam Kongsi Jumlah Yuran Sekolah Dua Anak – ‘Tahun 2025 RM65k, Tak Termasuk Benda-Benda Lain’

    Shopee Sale

    Usahawan Jofliam, berkongsi yuran persekolahan yang dibelanjakan untuk dua orang cahaya matanya iaitu Han dan Yuki sepanjang tahun 2025.

    Artikel Berkaitan: Netizen Berang Jofliam Benarkan Anak Conteng Kotak Pizza, Pembeli Tampil Beri ‘Feedback’ – ‘Macam Roti Naan Dekat Mamak’

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Berusaha Keras Mencari Rezeki Untuk Anak-Anak’ – Jofliam 

    Yuran sekolah

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Joffliam menjawab soalan yang diajukan oleh warganet mengenai yuran persekolahan anak-anaknya.

    Menurut Jofliam, dia membelanjakan puluhan ribu ringggit demi pendidikan dua cahaya matanyanya itu.

    Tahun lepas, untuk semester bulan Januari sampai April saya bayar yuran Han, RM22,000. Kemudian untuk semester bulan Jun sampai Disember, RM 27,000. Jadi untuk Han sahaja RM49,000.

    Yuki pula, RM16,000 dan total kesemuanya adalah RM65,000 untuk setahun (2025).

    Han pula masuk sekolah baharu, tapi ada sedikit perbezaan daripada sekolah lama dia.

    Yuran sekolah untuk 2025 sahaja, tak termasuk benda-benda lain untuk belajar.

    Bagaimanapun, Jofliam menganggap jumlah tersebut masih lagi berbaloi dan mampu ditanggung berbanding yuran di sekolah-sekolah yang lain.

    Alhamdulillah, bagi saya masih affordable lagi untuk saya. Sebelum-sebelum ini mahal, dah macam yuran universiti.

    Mahal, hampir RM100,000 juga setahun.

    Perbelanjaan besar

    Dalam masa sama, pengusaha piza wagyu itu sempat mengimbas kembali ketika dia perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar bagi pendidikan dan rawatan anak-anaknya yang sedang sakit pada ketika itu.

    Cakap tentang yuran sekolah, teringat tahun lepas, gila..masa bulan Januari tu saya kena selesaikan yuran Han RM22,000.

    Dalam masa yang sama, Han tiba-tiba masuk hospital selama 10 hari. Kemudian Yuki pula masuk.

    Dekat hospital memang saya jaga seorang dan tiap-tiap hari tidur di situ, yuran RM22,000. Jadi untuk bulan itu sahaja saya dah berbelanja hampir RM50,000, hanya untuk anak-anak tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan.

    Dalam banyak-banyak ini yang paling saya ingat lah, kena keluar RM50,000 sekaligus.

    Sumber: Instagram Jofliam

    MENARIK:  [VIDEO] Syed Saddiq Simpan Nombor Plat Kereta Bella Astillah Dalam Telefon – ‘Dia Pandu Berbahaya, Macam Puaka’

    The post [VIDEO] Jofliam Kongsi Jumlah Yuran Sekolah Dua Anak – ‘Tahun 2025 RM65k, Tak Termasuk Benda-Benda Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah