Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah mendedahkan sisi Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang duduk bersebelahan sepanjang tempoh sidang Parlimen.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kehilangan Sahabat Sejati, Setia Menemani Waktu Susah & Senang’ – Ahmad Zahid Berduka Atas Pemergian Allahyarham Bung Moktar
Artikel Berkaitan: Suami Zizie Izette Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun
Tangan sentiasa bertasbih
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Datuk Mohd Shahar menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah tersebut.
Kongsinya, jari jemari Allahyarham Bung Moktar tidak lekang daripada menggenggam tasbih serta mulutnya yang tidak berhenti daripada berzikir perlahan.
Hari ini, seorang sahabat yang duduk di sisi saya dalam dewan berpulang pergi.
Beliau kembali kepada Pencipta pada hari Jumaat yang mulia, hari yang dipilih, hari yang dijanjikan sebagai perlindungan dari azab kubur bagi insan yang Allah muliakan perjalanannya.
Ramai mengenal ketegasannya, tetapi saya mengenal sisi yang jarang terlihat. Jarinya sentiasa tergengam tasbih bila berada di dalam dewan.
Zikir perlahan yang sering melingkari ruang di antara kami, zikir yang tidak kuat, tetapi cukup untuk membuat hati ini merasa damai.
Doa dan harapan

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Paya Besar mendoakan agar Allahyarham Bung Moktar tenang ditempat baharu serta diampunkan segala dosanya.
Semoga Allah melapangkan perjalanannya, mengampunkan segala salahnya, dan menempatkannya di taman-taman yang tenang.
Pergimu tidak hilang, hanya berpindah ruang, Zikirmu masih hadir, mengusap relung yang bimbang. Budi yang kau tinggal, menjadi doa yang panjang, Semoga damai menjemputmu, dalam kasih Allah yang lapang.
Damailah Sahabatku di sana.
Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada awal pagi Jumaat.
Sumber: Facebook @ShaharAbdullah
The post [VIDEO] ‘Jari Sentiasa Gengam Tasbih & Berzikir Perlahan’ – Mohd Shahar Dedah Sisi Bung Moktar Dalam Sidang Parlimen first appeared on OHBULAN!.





