
Pendakwah bebas, Da’i Izzhar Nazri menitipkan pesan buat dirinya dan orang ramai untuk tidak mati sebagai seorang yang narsistik.
Jangan mati sebagai narsistik
Menurut Da’i Izzhar atau nama lengkapnya Ahmad Izzhar Ahmad Nazir, golongan narsistik yang hanya menganggap dirinya sahaja yang betul merupakan antara ahli di dalam neraka kelak.
Saya nak pesan kepada diri saya dan semua, jangan mati sebagai narsistik.
Ini kerana, ahli neraka semuanya narsistik. Dia tahu dia salah tapi tetap buat juga.
Sampaikan mereka rasa, ‘Kalau aku ini buat dosa, neraka pun nerakalah’.
Tambahnya, disebabkan sifat narsistik dan sombong itu jugalah membuatkan Iblis dihalau keluar daripada syurga.
Sebabkan sombong, ananiah itulah juga iblis dihalau daripada syurga.
Bila diperintahkan Allah untuk sujud pada Adam, iblis cakap, ‘Aku lebih baguslah daripada Adam’. Itu kan narsistik?
Da’i Izzhar berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di ‘Podcast Usanita’ yang dikendalikan pengacara popular, Awal Ashaari.
Kena usaha buang sombong
Di akhir perkongsian, Da’i Izzhar berpesan kepada orang ramai untuk berusaha membuang rasa sombong yang ada dalam diri.
Syurga tak boleh dihuni oleh orang yang sombong. Selagi hidup, kena usaha buang rasa sombong itu.
Allah bagi ujian sebab apa? Nak buang rasa sombong kita itu.
Allah bagi bankrap sebab apa? Nak bagitahu bahawa ‘Bukan kau yang bagi rezeki tetapi Aku yang beri’.
Tetapi ulamak kata kalau semua ujian dah diberi tetapi sombong tak juga buang lagi, hanya kematian saja yang tinggal sebagai peringatan buat mereka.
Tetapi tak boleh buat apa dah masa itu.
Apa itu narsistik?

Narsistik atau nama saintifiknya Narcissistic Personality Disorder (NPD) merupakan satu bentuk gangguan mental pada seseorang itu yang berasa iri hati ketika melihat kelebihan dan kejayaan orang lain.
Mereka juga mengagumi diri sendiri dan berasakan diri mereka lebih baik serta lebih penting daripada orang lain.





