Siasatan awal mendapati ganja hidroponik yang dibawa masuk oleh seorang lelaki warga Malaysia sebelum ditahan pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dipercayai dari Bangkok, Thailand.
Artikel Berkaitan: Salina Saibi Titip Pesanan Kepada Pelakon & Produksi Gerak Khas 2.0 – ‘Tidak Boleh Pergi Disko, No Ganja’
Dadah

Memetik Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata maklumat berkaitan suspek telah diperoleh dan pihaknya sedang meneliti butiran tersebut bagi membantu siasatan.
Difahamkan maklumat itu termasuk dengan identiti dan warga negara suspek serta jadual masa penerbangan.
Dia (suspek) bawa dadah itu daripada Bangkok. Jadi, kita percaya dia ambil bekalan daripada negara itu.
Kita akan pantau dari segi adakah dia membabitkan sindiket di Malaysia atau keldai dadah yang direkrut di Thailand atau negara ini.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.
Sebelum ini, Hussein mengesahkan lelaki berusia 54 tahun dari Perak itu ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, Sabtu lalu kerana menyeludup dadah jenis ganja hidroponik seberat empat kilogram ke India.
Suspek ditahan sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan menerusi penerbangan dari Bangkok, Thailand.
Sumber: Harian Metro
The post Lelaki Malaysia Ditahan Di Chennai: G*nja Hidroponik Dipercayai Dari Bangkok first appeared on OHBULAN!.





