28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abang Tesla Bersetuju Untuk Membantu Datuk Red Membangunkan Perniagaan Semula Dan Menyelesaikan Hutang

    Shopee Sale



    Sejak kebelakangan ini, nama suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red menjadi sebutan di media sosial berikutan tidak mempunyai pekerjaan selepas muflis sejak tahun 2019.

    Boleh bantu langsaikan hutang

    Terbaru, pempengaruh media sosial iaitu Abang Tesla memberitahu dia mahu membantu Datuk Red. Menurut Abang Tesla, dia sedia membantu Datuk Red untuk mempunyai perniagaan semula agar dapat membayar hutang bernilai jutaan ringgit seperti yang diberitahu sebelum ini.

    InshaAllah saya boleh bantu untuk cukup. Saya boleh bantu Datuk, Datuk langsaikan hutang. Saya dengar 5 juta ke 7 juta. Kalau saya boleh bantu untuk Datuk ada perniagaan balik daripada A sampai Z. Tapi apa-apa Datuk hubungi saya, jumpa saya.

    Terdahulu, Datuk Red mendedahkan bahawa dirinya sudah pun diisytiharkan sebagai muflis dan bankrap selepas syarikat hartanah dan perumahan yang diusahakannya sudah tidak lagi beroperasi.

    MENARIK:  ‘Doakan Maj Pun Dapat Penyeri Hidup’ – Isteri Abang Tesla

    Menerusi temu bual bersama media, Datuk Red juga memaklumkan dia terpaksa menanggung hutang sebanyak RM5 juta.

    Tambah usahawan berusia 46 tahun itu lagi, dia terpaksa menumpang belas ihsan isterinya untuk perbelanjaan diri serta anak-anak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah