32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelanggan Cari Gerai Jagung Cheese Tarik Di Temerloh, Anak Pemilik Dedah Ibu Sudah Meninggal Dunia

    Shopee Sale

    Persoalan mengenai penutupan gerai Jagung Cheese Tarik di Temerloh akhirnya terjawab apabila anak kepada pemiliknya memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dunia.

    Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Arwah Adik Sempat Tunaikan Hajat Bertemu Syed Saddiq Sebelum Meninggal Dunia

    Artikel Berkaitan: Penjaga Gol Rebah, Meninggal Dunia Ketika Pertandingan Sepakan Penalti

    Dah meninggal

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu yang juga merupakan pelanggan tetap gerai berkenaan meminta orang ramai memaklumkan kepadanya sekiranya mengetahui lokasi baharu gerai tersebut.

    Katanya, dia begitu teringin untuk menikmati semula jagung cheese tarik yang menjadi kegemarannya itu.

    Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian anak kepada pemilik gerai berkenaan, yang memaklumkan gerai tersebut terpaksa ditutup selepas ibunya meninggal dunia pada awal Ogos lalu.

    Mak cik yang jual jagung cheese tarik dekat Esplanade tu adalah arwah mak saya.

    Dia telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2026.

    Mohon sedekahkan al-Fatihah buat arwah.

    Dalam pada itu, wanita tersebut memaklumkan gerainya akan beroperasi semula pada hari ini dan menghargai sokongan yang diberikan.

    Insyaa-Allah esok (hari ini), kami akan mulakan semula perniagaan seperti biasa. 

    Terima kasih semua yang sentiasa beri sokongan kepada perniagaan arwah sebelum ni.

    Jasa dan sokongan kalian takkan kami lupakan. Selepas ini kalau ada rezeki, teruskanlah sokong kami seperti biasa.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sepatutnya Dah Ada Perancangan’ – Kamal Adli Bersendirian Tanpa Uqasha Senrose Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

    The post Pelanggan Cari Gerai Jagung Cheese Tarik Di Temerloh, Anak Pemilik Dedah Ibu Sudah Meninggal Dunia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah