32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lebih Baik Berpisah Daripada Membiarkan Anak Kita Menderita’ – Ibu Reda Syida Melvin Bercerai

    Shopee Sale

    Ibu kepada pelakon dan usahawan Syida Melvin, iaitu Robiah Rahman mengakui reda dengan keputusan perceraian anaknya dan percaya perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak.

    Artikel Berkaitan: Syida Melvin Anggap Perceraian Hadiah ‘Istimewa’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-30

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Wanita Yang Baik, Banyak Kenangan Kami Bersama’ – Syafiq Azim Tak Kesal Berkahwin Dengan Syida Melvin

    Ibu Syida Melvin reda

    Ketika ditemui , Robiah berkata sebagai seorang ibu, dia sememangnya mengharapkan rumah tangga anaknya dapat dipertahankan dan berakhir dengan kebahagiaan.

    Namun, dia akur dengan ketentuan tersebut dan percaya perpisahan adalah keputusan terbaik untuk kebahagiaan anak dan tiga cucunya itu.

    Tak ada seorang ibu pun dalam dunia ini yang nak anak dia berpisah. Setiap perkahwinan itu kita nak berpanjangan sampai bila-bila dan bahagia selamanya.

    Tapi kalau itulah jalan yang terbaik dan rumah tangga sudah tidak dapat diselamatkan lagi, lebih baik berpisah daripada membiarkan anak kita menderita.

    Robiah berkata demikian selepas selesai prosiding lafaz cerai Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shahee di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu.

    Dalam pada itu, Robiah berkata dia tidak pernah putus memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuannya itu agar terus kuat dan tabah melalui setiap dugaan dengan hati terbuka.

    Saya selalu pesan pada Syida, kuatkan semangat dan hadapi dengan senyuman. Apa yang jadi, biarlah terjadi. Kita sudah cuba sedaya upaya untuk berdamai dan kekalkan perkahwinan demi anak-anak, tetapi nampaknya sudah tidak boleh.

    Syida sendiri yang rasa dan melalui semua itu. Memang menjadi hak kita untuk menasihati dia, tetapi kalau sudah tidak boleh, nak buat macam mana. Perceraian adalah jalan yang terbaik.

    Pada pagi Rabu, Syida sah bercerai talak satu dengan Syafiq kira-kira pukul 9.25 pagi di hadapan hakim.

    MENARIK:  Jennifer Thompson Memuji Kehebatan Siti Nurhaliza Sebagai Biduanita Terunggul – 'Tiada Tandingannya dalam Melenggok'

    Prosiding lafaz cerai pasangan itu sebelum ini ditangguhkan pada 6 Ogos lalu selepas Syida berada dalam keadaan tidak suci kerana sedang haid.

    Syida sebelum ini dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu.

    Untuk rekod, Syida dan Syafiq, 37, mendirikan rumah tangga pada 19 Januari 2019.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

    The post ‘Lebih Baik Berpisah Daripada Membiarkan Anak Kita Menderita’ – Ibu Reda Syida Melvin Bercerai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah