31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Palsukan 40 sijil cuti sakit, dua pekerja kilang dipenjara, denda RM8,000

    Shopee Sale

    Mahkamah Majistret di Kuantan hari ini memerintahkan dua lelaki masing-masing dipenjara 14 hari dan denda RM8,000 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memalsukan 40 sijil cuti sakit dari Mac hingga Julai lepas.

    Majistret Ellyna Othman juga memerintahkan Mohd Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, dipenjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda.

    Mohd Shukrie dan Muhammad Asyraf didakwa secara tidak jujur membuat dokumen palsu, iaitu 40 sijil cuti sakit sebuah klinik dan menggunakan nama serta tandatangan seorang doktor dengan niat menipu di sebuah kilang di Jalan Pintasan Gebeng, di Kuantan antara 28 Mac hingga 13 Julai.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Perbicaraan 1MDB ditangguh, Najib masuk hospital kerana sakit lutut

    Timbalan Pendakwa Raya B. Deevagaran Naidu memohon hukuman setimpal terhadap mereka kerana mengeluarkan sijil cuti sakit palsu dengan menggunakan nama klinik serta doktor yang bertauliah.

    Peguam Muhammad Hakimie Ali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu dua lelaki itu hanya dikenakan hukuman denda kerana insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah