Usahawan Syafiqa Melvin, tampil mempertahankan diri dan adik-beradiknya susulan terdapat provokasi oleh seorang individu yang melemparkan dakwaan melampau terhadap mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Pun Dah Tak Kisah Dia Tunjuk Perangai Sendiri Depan Mereka’ – Syifa Melvin
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Cakap Adik-Beradik Tak Payah Masuk Campur, Kau Boleh Diam!’ – Syifa Melvin
Syafiqa pertahankan adik-beradik

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu mendakwa dan menyifatkan Syafiqa serta adik-beradiknya sebagai pisau cukur kerana mendirikan rumah tangga bersama lelaki-lelaki berpengaruh.
Selain itu, individu tersebut juga mendakwa mereka tidak mempunyai pelajaran yang tinggi.
Tidak berdiam diri, sebagai kakak sulung, Syafiqa menyelar individu tersebut kerana didakwa mempertikaikan takdir dan ketentuan Alllah SWT.
Dalam masa sama, Syafiqah juga membidas kenyataan individu itu yang mendakwa dia dan adik-adiknya tidak memiliki pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
Sekarang ini awak nak pertikaikan soal jodoh? Maksudnya awak nak pertikaikan kerja Allah?
Nak buat pembetulan juga, saya ada Degree in Microbiology, Syifa ada Diploma in Masscom, Syida ada Degree in Business Marketing. Awak ada apa?
Sementara itu, Malveena juga turut mempertahankan kakak-kakaknya yang menjadi perhatian umum sejak kelmarin.
Nanti dekat akhirat cari kami tau, tengok masa tu kami nak maafkan kau atau tidak.
Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir bersama bagi meminta bekas suami, Syafiq Azim keluar dari rumah yang pernah didiami mereka sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Syafiq beberapa kali dilihat mempertahankan dirinya ketika berdepan situasi tersebut, malah turut melakukan perkara di luar jangkaan seperti bergelak ketawa, menikmati makanan dan menyapu rumah.
Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.
Sumber: Threads
The post Syafiqa Melvin Bidas Individu Label Adik-Beradik ‘Gold Digger’ & Tak Berpelajaran Tinggi – ‘Nak Pertikaikan Kerja Allah?’ first appeared on OHBULAN!.





