26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Lagu Rasmi, Ini 4 Perkara Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Sunway

    Shopee Sale

    Sunway Group baru sahaja melancarkan lagu antem terbaru mereka, We Are Sunway. Menariknya, lagu ini memang serius catchy gila!

    Lagu rasmi Sunway ini bukan sekadar sedap didengar, tapi penuh dengan mesej tentang perjalanan 51 tahun Sunway, dari zaman ‘tauke kecik’ sampailah jadi jenama gergasi yang dikenali di seluruh Malaysia.

    Kalau anda perasan atau mungkin terlepas pandang, terdapat tiga momen menarik  dalam video tersebut. Ayuh kita ikuti bersama!

    1. Sunway dulu sebenarnya bernama Sungei Way!

    Seriuslah! Sebelum terkenal dengan Pyramid dan Lagoon, Sunway bermula sebagai Sungei Way iaitu sebuah syarikat perlombongan bijih timah yang diasaskan oleh Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah pada tahun 1974.

    Dari kawasan lombong yang tandus, ia berubah menjadi sebuah bandar raya serba lengkap siap ada universiti, pusat perubatan, pusat beli-belah, taman tema dan komuniti lebih 200,000 orang yang kini dikenali sebagai Bandar Sunway.

    Daripada kosong terus jadi ‘city of endless possibilities’. Padu betul!

    2. Sunway bukan sekadar Lagoon dan Pyramid je tau!

    Screenshot

    Kebanyakan rakyat Malaysia mengenali Sunway sebab mall dan theme park mereka yang ikonik tapi sebenarnya skop mereka jauh lebih luas.

    Sunway juga terlibat dalam:

    • Pendidikan bertaraf dunia
    • Penyelidikan & pembangunan
    • Teknologi dan inovasi
    • Penjagaan kesihatan / perubatan yang moden
    • Projek hospitaliti & hartanah seluruh negara

    Paling mengejutkan ramai, Sunway turut membina Jeffrey Cheah Biomedical Centre di Cambridge Biomedical Campus, UK. Fuh, serius mengagumkan!

    MENARIK:  Suami Heliza Helmi Terdapat Dalam 'Senarai Amaran Pelabur'?

    3. Teras Sunway sentiasa tentang menyantuni masyarakat

    Sunway percaya kejayaan mereka datang daripada individu-individu terdiri daripada warga pekerja, komuniti, dan rakan kerjasama yang bersama sejak dulu.

    Melalui inisiatif #SunwayforGood, mereka aktif menjalankan program pendidikan untuk belia, projek pembangunan komuniti, kempen alam sekitar dan juga bantuan bencana serta kebajikan.

    Pendek kata, Sunway bukan hanya fokus pada bisnes, tetapi juga menyalurkan semula kepada masyarakat.

    4. Sunway Square: Ruang gaya hidup dalam ekosistem unik

    Satu lagi perkara menarik yang mencerminkan visi Sunway ialah Sunway Square Mall.

    Dengan penawaran jenama yang pelbagai, Sunway Square Mall diwujudkan sebagai sebuah ekosistem ekonomi kitaran yang unik, tempat untuk membeli-belah, menjamu selera, berhibur dan belajar dalam satu ruang.

    Menggabungkan gaya hidup dan masa lapang, pusat beli-belah ini menampilkan pelbagai pilihan makanan dan minuman (F&B) yang memenuhi keperluan komuniti sekitar, termasuk warga pejabat, pelajar sehinggalah penduduk setempat.

    ‘We Are Sunway’ bukan sekadar lagu rasmi, ia sebuah penghargaan untuk perjalanan luar biasa mereka

    Lagu ini meraikan apa yang sudah dibina oleh Sunway dan individu di sebaliknya serta masa depan yang mereka  ingin realisasikan.

    TONTON VIDEO MUZIK LAGU KORPORAT SUNWAY DI LinkedIn, Instagram, Facebook dan YouTube.

    Kalau nak tahu lebih banyak tentang projek terbaru mereka, korang boleh layari laman rasmi Sunway Group dengan klik di SINI.

    The post Bukan Sekadar Lagu Rasmi, Ini 4 Perkara Yang Ramai Tidak Tahu Tentang Sunway first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah