Kemelut yang berlaku antara usahawan, Syida Melvin bersama bekas suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen turut mendapat perhatian rakan artis, iaitu Zila Bakarin.
Artikel Berkaitan: Bekas Pekerja Dedah Sikap Bekas Suami Syida Melvin, Dakwa Staf Diberi Tekanan Mental – ‘Tahan Gaji, Anggap Pekerja Pengemis’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anak-Anak Pun Dah Tak Kisah Dia Tunjuk Perangai Sendiri Depan Mereka’ – Syifa Melvin
Komen

Menerusi tinjauan , pemilik nama Rosmawati Bakarin, 51, itu dilihat meninggalkan beberapa komen di Threads meluahkan rasa terkejut selepas menonton klip siaran langsung yang memaparkan pertengkaran antara Syida dan Syafiq.
Zila turut meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui anak-anak mereka turut menyaksikan pertengkaran berkenaan.
Susulan itu, Zila bertindak untuk untuk menegur mereka agar tidak bergaduh di hadapan anak-anak.
Woi, depan anak-anak tu?
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon, Syatilla Melvin yang juga merupakan kakak kepada Syida yang merasakan tindakan Zila itu dianggap berlebihan.
Akak (nama panggilan untuk Zila), sudah lah sikit-sikit ya. Bila nak komen dekat semua orang pun rasa macam tak perlu kut.
Engagement akak dah okay dah tu.
Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir ke kediaman berkenaan bagi meminta Syafiq keluar dari rumah yang pernah didiami mereka sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Syafiq beberapa kali dilihat mempertahankan dirinya ketika berdepan situasi tersebut, malah turut melakukan perkara di luar jangkaan seperti bergelak ketawa, menikmati makanan dan menyapu rumah.
Untuk info, Syida dan Syafiq bercerai pada 12 Ogos lalu dengan talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, 7, Sara Sajedda, 6, dan Serhan Isa, setahun.
Sumber: Threads
The post Zila Bakarin Bersuara Isu Syida Melvin & Bekas Suami, Syatilla Melvin Tegur – ‘Kak, Sudahlah Sikit-Sikit Ya’ first appeared on OHBULAN!.





