31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #OBPVO2.0: Puteri Khareeza Minat Menyanyi Sejak Kecil – ‘Umur 3 Tahun Saya Dah Hafal Lagu’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Puteri Khareeza mendedahkan dia mula meminati bidang nyanyian sejak masih kecil lagi iaitu ketika berusia tiga tahun.

    Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Pusingan Top 15 Bermula, 50 Undian Sehari Menanti Peminat

    Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: [VIDEO] Mr Pov Gembira Bantu Peniaga Kecil Raih Pelanggan, Tak Kisah Ramai Hasilkan Konten Sama

    Puteri Khareeza nyanyi sejak kecil

    Menurut pemilik nama Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, 28, minat tersebut mula disedari oleh abangnya selepas melihat kebolehannya menyanyikan lagu mengikut melodi dan tempo dengan baik.

    Abang saya yang perasan. Saya mula betul-betul boleh menyanyi ketika berumur tiga tahun.

    Masa itu, agak pelik juga sebab umur tiga tahun sudah boleh hafal lagu Balik Kampung. Saya boleh ikut key dan tempo, jadi keluarga mula sedar yang saya memang boleh menyanyi.

    Mengulas lanjut, pelantun lagu Hati itu mengakui keluarganya banyak memberi galakan serta membimbingnya dalam bidang nyanyian sejak kecil.

    Merekalah yang beri dorongan dan ajar saya menyanyi.

    Saya selalu dengar abang berlatih menyanyi sampai saya pun dah hafal lagu-lagu dia. Masa kecil dulu, saya cuma hafal sebab belum pandai membaca.

    Ditanya mengenai perasaannya apabila tercalon dalam kategori Penyanyi Gen Z Paling Viral di Paling Viral Online 2.0, Puteri meluahkan rada syukur atas pencalonan tersebut.

    Terima kasih sebab calonkan saya dan kepada semua peminat, terima kasih kerana sudi mendengar lagu saya. Jangan lupa undi saya.

    Sementara itu, Puteri Khareeza tercalon sebagai Top 15 kategori Penyanyi Gen Z di Paling Viral Online 2.0.

    MENARIK:  Alif Teega Mengaku Tak Bersalah Seleweng Dana Awam Program Jom Infaq & Daging Korban

    OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.

    Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.

    Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi

    Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi  Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!

    The post #OBPVO2.0: Puteri Khareeza Minat Menyanyi Sejak Kecil – ‘Umur 3 Tahun Saya Dah Hafal Lagu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah