28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri Kongsi Momen Sufi Rashid Mengidam Makan Durian – ‘Dahsyat Betul Penangan Anak Dia’

    Shopee Sale



    Isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof berkongsi momen suaminya itu ‘mengidam’ dek pembawakan anak sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

    Sufi mengidam makan durian

    " data-video-id="7415954753697484040">
    @nuraaenn Haha pecahhhhhh! Sepanjang i pregnant, Sufi yang mengidam macam macam. Dasat betul penangan anak dia ek ? Suami korang mcmni tak? @Sufi Rashid #suamimengidam ? original sound – Nuraaen

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Sufi atau nama lengkapnya Muhammad Sufian Rashid, 33, datang mengadu ke isterinya bahawa dia teringin menikmati buah durian.

    Masa tu saya tengah main Go-kart tiba-tiba saya perlahankan, sebab saya teringin durian. Depan mata terbayang buah durian.

    Aduh, sedapnya kalau dapat durian ni. Kenapa eh, pelik lah. Apa yang terjadi dengan saya ni?

    Tetapi apa yang lebih mencuri perhatian ramai apabila Nurulain memaklumkan bahawa Sufi sebenarnya banyak mengidam pelbagai jenis makanan berbanding dirinya.

    Sepanjang saya mengandung, Sufi yang mengidam macam-macam. Dahsyat betul penangan anak dia ek? Suami korang macam ni juga tak?

    Kemungkinan apa yang dilalui pelantun lagu Kisah Dua Muka itu adalah salah satu sindrom pembawakan budak.

    MENARIK:  M Resort & Hotel Kuala Lumpur Tawar Pengalaman Iftar Mewah Dengan Lebih 100 Juadah Pada Harga Berpatutan!

    Untuk rekod, Sufi dan Ain berkahwin pada 21 September 2019. Ain dijangka bersalin pada 9 November hadapan di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah