26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Isteri Gigih Sediakan Bekal Suami Setiap Hari Tetap Dicurangi – ‘Tiada Lagi Husbento, Hanya Kidsbento’

    Shopee Sale



    Perkahwinan seorang content creator bertemu titik noktah apabila suaminya memilih untuk mengkhianatinya dengan berlaku curang walaupun dia rajin ‘menjaga perut’ dengan menyediakan bekal makanan untuk suami dan anak-anak setiap hari.

    Jaga perut suami tapi tetap dicurangi

    Menerusi perkongsian di TikTok, wanita tersebut memuat naik video mengatakan bakal memulakan kehidupan baru bersama tiga anaknya di kampung.

    Katanya, selepas ini tiada lagi video bekal untuk suaminya malah akan difokuskan kepada bekal makanan anak-anak.

    Wanita tersebut dikenali ramai kerana rajin menjaga perut suaminya dengan melakukan video penyediaan bento atau bekal makanan untuknya pergi ke kerja.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM menyatakan Kekecewaannya apabila Kontrak Tyzo Xander Tamat - 'Saya Rasa Ada Sesuatu Yang Tak Betul'

    Perkongsian video itu mendapat perhatian daripada warganet apabila jumlah tontonan mencecah hampir 3 juta.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap perkara yang menimpa wanita itu.

    Warganet turut menitipkan doa agar urusan wanita itu bersama anak-anaknya dipermudahkan pada masa akan datang.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah