33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pesta air cadangan paling bodoh’ – Akmal selar menteri, PM

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyelar cadangan penganjuran pesta air oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang disifatkannya sebagai "paling bodoh" di tengah-tengah usaha kerajaan melakukan penjimatan.

    Akmal turut menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya membatalkan segera acara tersebut dan mencadangkan agar menteri berkenaan digugurkan daripada kabinet.

    "Pesta air ini adalah cadangan yang paling bodoh pernah diberikan. Buang sajalah menteri pelancongan ini wahai YAB PMX," katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

    Mengulas lanjut, Akmal mempersoalkan mengapa pesta air tersebut diteruskan sedangkan kerajaan sebelum ini membatalkan semua majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat kementerian atas alasan dasar penjimatan.

    Dia mendakwa tindakan tersebut jelas tidak konsisten, terutama ketika negara sedang berdepan isu kapasiti air sehingga memaksa usaha pembenihan awan dilakukan.

    “YAB (Anwar) membatalkan semua rumah terbuka anjuran kementerian sebelum ini atas alasan dasar penjimatan,kami boleh terima walaupun tujuan rumah terbuka itu boleh menjamu rakyat makan dan memberi rezeki pada vendor-vendor makanan yang lain.

    “Tetapi persoalan saya kepada YAB PMX kenapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali? Adakah pesta air ini lebih bernilai daripada majlis rumah terbuka?

    "Sedangkan kerajaan sibuk berusaha buat pembenihan awan untuk menambah kapasiti air, tetapi kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air," soalnya lagi.

    Selain itu, Akmal turut meminta menteri agama dan mufti Wilayah Persekutuan supaya tampil menyatakan pendirian berhubung penganjuran acara tersebut.

    Sebelum ini, kerajaan menetapkan langkah penjimatan dengan tidak mengadakan majlis rumah terbuka besar-besaran bagi mengelakkan pembaziran dana awam.

    Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan PKR Cabang Bukit Bintang turut membantah ‘pesta air’ dan muzik ‘Rain Rave Water Music Festival 2026’ yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 30 April hingga 2 Mei.

    Pemuda PAS mendakwa festival berkenaan secara jelas mengangkat budaya hedonisme melampau yang lazimnya sinonim dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat, penyalahgunaan bahan terlarang dan hiburan tanpa batas.

    MENARIK:  PAC jadualkan 5 prosiding baru sempena sidang parlimen

    Rain Rave Water Music Festival 2026 merupakan sebuah acara muzik yang mengetengahkan konsep unik yang menggabungkan muzik, air dan elemen hiburan moden.

    Hujan dijadikan sebahagian daripada pengalaman festival, dengan persembahan muzik, pencahayaan dan suasana interaktif yang direka untuk memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung.

    Acara ini akan menampilkan gabungan artis tempatan dan antarabangsa, di samping elemen budaya serta gaya hidup kontemporari. Ia bertujuan menjadikan festival sebagai platform hiburan moden yang juga mampu menarik pelancong luar negara.

    Joe Flizzow, DJ Cza, Killa Driz, Mimi Fly, Dolla dan De Fam adalah bakat tempatan yang akan membuat persembahan.

    Wujackers – kolaborasi baru antara duo Belanda Bassjackers dengan DJ Wukong dari Singapura – akan menjadi artis utama di peringkat antarabangsa.

    Turut membuat persembahan adalah barisan DJ wanita sepenuhnya yang merangkumi DJ MiJi dan DJ Yoyo dari China, DJ Loa dari Korea Selatan, DJ Lovezy dari Filipina, Moski Love dari Indonesia dan DJ Pixzy dari Thailand.

    Selain hiburan, festival ini turut menjadi sebahagian daripada usaha mempromosikan sektor pelancongan negara.

    Tourism Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini turut memaklumkan program itu disokong dengan pelbagai inisiatif promosi termasuk tawaran penginapan hotel di seluruh negara bagi menggalakkan pergerakan pelancong domestik dan antarabangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah