
Bekas isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui sama seperti insan lain yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidup.
Mengaku jahil
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok yang dikongsi, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, 29, dilihat sedang sibuk bersolek sambil melayan kerenah netizen di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen mengungkit kisah silamnya yang pernah menjadi bualan hangat di media sosial.
Tidak berdiam diri, Ira membidas dengan mengakui kesilapan yang dilakukannya dahulu.
Sibuk saja.
Ramai orang tahu saya ini dulu macam mana, tak perlu nak bagitahu orang dah.
Memang dulu saya jahil, sekarang pun masih jahil.
Orang-orang macam ini menggangu ketenteraman orang lain.
Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Kazar akui tidak terganggu dengan komen-komen negatif yang masih diterimanya hingga kini.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Namun, rumah tangga yang dijalinkan tidak berpanjangan apabila Syamsul membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos tahun lalu atas sebab tiada persefahaman.





