26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kumpulan UNIC Dominasi Dua Kategori Di Anugerah Carta 114

    Shopee Sale



    Kemuncak Anugerah Carta 114 baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan tujuh pencalonan berentap di pentas akhir bagi merebut gelaran lagu, vokal dan persembahan terbaik.

    Menang dua kategori

    unic

    Kumpulan UNIC yang membawakan lagu Sirih Pulang ke Gagang merangkul dua kategori iaitu vokal terbaik dan lagu terbaik.

    Bagi kategori vokal terbaik, UNIC membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi. Manakala kategori lagu terbaik, UNIC menerima RM20,000 dan trofi.

    Persembahan terbaik

    Kumpulan Darwish yang membawa lagu Abu Ubaidah pula telah merangkul kategori persembahan terbaik dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM10,000 dan trofi.

    MENARIK:  Anak Sahkan Rozita Ibrahim Sudah Kahwin Baru – ‘Mereka Nikah Secara Halal & Perlu Diraikan’

    Untuk info, penganjuran Anugerah Carta 114 kali ketiga ini mengiktiraf karya nasyid sebagai medium seni yang mendidik jiwa dan memperkayakan budaya sekaligus mengangkat martabat karya nasyid tempatan dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni muzik Islam.

    Sebanyak 49 lagu telah bertanding dalam Carta 114. Namun, hanya tujuh lagu terbaik telah berjaya mara ke pentas kemuncak.

    Majlis kemuncak Anugerah Carta 114 2025 telah disiarkan secara langsung di TV AlHijrah pada Sabtu, jam 9 malam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah