34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Individu Tekad Galas Tanggungjawab Jaga 25 Anak Yatim Demi Amanah Allah – ‘Tiada Mereka, Saya Rasa Kosong’

    Shopee Sale

    Tindakan seorang individu yang menjaga 25 anak yatim atas dasar memenuhi amanah Allah mendapat pujian dalam kalangan warganet.

    Artikel Berkaitan: Johan Hantar Sodiq & Haziq Masuk Rumah Anak Yatim, Mahu Didik Tentang Erti Syukur

    MENARIK:  ‘Tudung Macam ‘Daging’ Saya’ – Noor Kumalasari Titip Pesan, Niat Mesti Datang Dari Hati

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Peroleh Rezeki Tak Disangka Selepas Belanja Anak Yatim Makan – ‘Bukan Untuk Riak Cuma Ingin Berkongsi’

    25 orang anak yatim

    " data-video-id="7589955811217231125" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @storie.my

    Puan Syazwani has cared for these children like her own for 11 years. Though they are not related by blood, she watches over their lives, dreams, and future with love, patience, and dedication. This time, she is bringing @marrybrownmy are and bring smiles to their day ❤ 📍🏠 @RUMAH BAKTI NUR AIN BANGI #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBCares

    ♬ original sound – Storie – Storie

    Menerusi satu perkongsian di TikTok, pengasas Rumah Bakti Nur Ain yang dikenali sebagai Syazwani mendedahkan bahawa rumah tersebut dibina khusus sebagai tempat berteduh buat insan-insan yang telah kehilangan tempat bergantung.

    Tambah Syazwani, anak-anak yatim merupakan satu amanah yang perlu dipelihara, sekali gus mendorongnya untuk memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada mereka.

    Ini semua anak yatim, saya jaga di sini.

    Saya buka tempat ini untuk anak-anak yang hilang tempat bergantung.

    Setiap anak ada kisah masing-masing.

    Rumah ini bukan sekadar asrama, saya jaga macam anak sendiri.

    Mereka hidup seperti berkeluarga. Anak yatim kan amanah, kita nak mereka rasa dihargai.

    Saya akan pantau mereka. Hari-hari kena pergi sekolah, pelajaran itu penting untuk menjadi orang yang berguna.

    Tempat ini tidaklah sempurna tapi boleh bagi mereka kasih sayang.

    Saya lah ibu kepada anak-anak ini.

    Tidak mudah

    Berkongsi lebih lanjut, Syazwani mengakui bahawa tanggungjawab mengasuh 25 anak yatim bukanlah satu tugas yang mudah.

    Namun, kehadiran mereka menjadi sumber kekuatan buat dirinya untuk meneruskan kehidupan sehariannya.

    Selagi saya mampu, saya akan cuba yang terbaik. Mereka bahagia, saya pun bahagia.

    Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya menangis dalam diam.

    Hari-hari saya fikir esok mereka nak makan apa dan keperluan sekolah.

    Saya rasa saya tak mampu nak jaga tapi saya fikir amanah. Tiada mereka, saya rasa kosong.

    Semoga mereka keluar nanti boleh meneruskan hidup yang sempurna. Saya nak mereka ada kehidupan seperti anak-anak yang lain.

    Sumber: TikTok @storie

    The post [VIDEO] Individu Tekad Galas Tanggungjawab Jaga 25 Anak Yatim Demi Amanah Allah – ‘Tiada Mereka, Saya Rasa Kosong’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah