30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Iman Troye Nafi Laporan Polis Hanya Gimik, Dedah Hubungan Dengan Aliff Syukri Tidak Pernah Baik

    Shopee Sale



    Penyanyi Iman Troye menafikan dakwaan berkenaan laporan polis yang dibuat kepada usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri adalah gimik semata-mata.

    Bukan gimik

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Nur Alyssa Sahabudin menjelaskan sebelum ini hubungannya bersama Aliff memang tidak baik sejak awal lagi.

    Saya memang betul-betul tak buat gimik. Sebenarnya saya nak bergurau dengan dia, tapi mungkin dia terasa hati dengan video suara yang saya stitch di TikTok, dan dari situlah semuanya bermula.

    Saya dengan Datuk Aliff memang tak okay dari awal. Pada mulanya saya sangka dia pun bergurau, tapi bila buat live, memang betul-betul bergaduh.

    Iman menjelaskan perkara itu ketika ditemui di sidang media EP: Janji Raya Iman Troye yang berlangsung di TGV Cinemas, Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Pernah ada Isu

    Menurut pelantun lagu Pejam Celik Hari Raya itu, ini bukanlah kali pertama mereka berselisih faham.

    Sebelum ini pun kami pernah salah faham, termasuk isu potong adegan pakai baju renang dalam muzik video sebab nak jaga nama baik semua orang.

    Selepas perbalahan berkenaan lagu raya, Iman membuat laporan polis sebagai persiapan diri sekiranya Aliff mengambil tindakan lanjut.

    Bagaimanapun, Iman menarik semula laporan itu selepas berbaik dengan usahawan tersebut.

    Saya buat laporan polis sebab saya tahu Datuk Aliff akan ambil tindakan, jadi untuk selamatkan diri saya, saya cuma buat persiapan sahaja.

    Tapi akhirnya, saya fikir nak berbaik dengan Datuk Aliff adalah dengan mengajaknya untuk buat lagu raya bersama. Saya dan pihak pengurusan pun berbincang cara terbaik untuk ‘tawan’ hati dia’.

    Aliff simpan hasrat nak berduet dengan Iman

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 22 tahun itu juga mendedahkan Datuk Aliff sebelum ini juga pernah menyatakan hasrat untuk berduet dengannya.

    Salah seorang bekas pekerja Datuk Aliff yang kini bekerja dengan syarikat saya ada beritahu bahawa kalau Datuk Aliff nak keluarkan lagu raya, dia memang nak duet dengan saya.

    Jadi saya pun cuba pujuk dia dan akhirnya dia setuju. Tapi saya rasa yang banyak membantu kami berbaik semula adalah Datin Shida.

    Bagaimanapun, Iman tidak menolak bahawa perkara itu juga menyumbang kepada kenaikan jumlah tontonan muzik video raya mereka.

    MENARIK:  Muncul Tanpa ‘Sticker’, Kecomelan Bilal Anak Neelofa Buat Ramai Teruja

    Sebelum ini, Iman membuat laporan polis selepas bergaduh dengan Aliff dalam satu siaran langsung di TikTok.

    Pergaduhan tercetus akibat Iman mengatakan dia tidak bersetuju sekiranya Aliff mahu mengeluarkan lagu raya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah