31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ifa Raziah Tunaikan Impian Arwah Bapa, Berjaya Genggam Ijazah Pada Usia 50 Tahun

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah, berkongsi kisah kejayaannya selepas meraih segulung ijazah dalam bidang keusahawanan pada usia 50 tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ifa Raziah Pesan Jangan Kedekut Dengan Isteri – ‘Doa & Keberkatan Itu Penting’

    MENARIK:  [VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Rindu Nak Pegang Tangan Akiko, Netizen Sifatkan Bertuah Banyak Rakam Kenangan Bersama

    Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Dirasuk Ketika Kendalikan Podcast Sembang Seram – ‘Tadi Seru Nama Kan, Saya Dah Datang’

    Realisasikan impian arwah bapanya

    " data-video-id="7598466506141256980" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tooprettytohandle_

    @ifa_raziah : UMUR 50 TAHUN BARU DAPAT IJAZAH, ITU IMPIAN ARWAH BAPA SAYA..#estikamedispa #tooprettytohandlepodcast #ifaraziah

    ♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

    Menerusi potongan klip podcast Too Pretty To Handle di TikTok, Ifa, atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha, 50, membuktikan tiada istilah terlambat untuk menimba ilmu.

    Menurut Ifa, arwah bapanya menyimpan impian untuk melihat anak-anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

    Arwah bapa saya memang nak tengok saya dapat ijazah sarjana muda.

    Katanya, walaupun bapanya dikurniakan lapan orang cahaya mata, hasrat tersebut tidak kesampaian.

    Walaupun dia ada lapan orang anak, salah seorang mesti nak kena pergi ke menara gading.

    Tapi cita-cita itu tak kesampaian.

    Tambahnya lagi, baru-baru ini dia berjaya memperoleh ijazah dalam bidang keusahawanan pada usia 50 tahun.

    Walaupun pencapaian tersebut hadir agak lewat namun dia tetap bersyukur, Ujarnya, ketika usia muda dia tidak mempunyai kesempatan untuk melanjutkan pelajaran.

    Baru-baru ini saya dapat ijazah dalam bidang usahawan, kalau saya cakap masa tu dalam umur saya 50 tahun dapat ijazah.

    Saya cakap walaupun lambat sebab waktu muda saya tak berkesempatan nak belajar dan nak dapatkan ijazah tapi bila saya berusia ni, saya ambil masa untuk saya belajar juga untuk teruskan impian arwah bapa saya.

    Masa yang terluang, dimanfaatkan untuk sambung belajar

    Jelas Ifa, dia mula melanjutkan pengajian sekitar tahun 2020 ketika penularan pandemik COVID-19, dengan mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

    Ujarnya, sewaktu itu, kebanyakan aktiviti termasuk lakonan dan perniagaan terpaksa dihentikan seketika, justeru masa yang ada dimanfaatkan untuk menimba ilmu dalam bidang keusahawanan.

    Saya belajar dari tahun 2020, waktu itu tengah Covid-19, belajar secara online.

    Sebab kita tak buat apa kan, waktu tu apa kita boleh buat, berlakon tak boleh, meniaga tak boleh.

    Jadi saya belajar perlahan-lahan dalam bidang usahawan secara online tapi tak selalu lah.

    Tambahnya lagi, usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan pengajian dan menerima ijazah berkenaan pada Disember 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Sampai tahun lepas, 21 Disember, saya dapat ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang usahawan.

    Untuk info, Ifa menerima Ijazah Keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pada 22 Disember lalu.

    Sumber: TikTok Too Pretty To Handle

    The post [VIDEO] Ifa Raziah Tunaikan Impian Arwah Bapa, Berjaya Genggam Ijazah Pada Usia 50 Tahun first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah