Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Zainal dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Sudah ‘Move On’, Akui Kehidupan Lebih Tenang Selepas Bercerai – ‘Kita Ternyata Lebih Baik Tanpanya’
Kembali bergelar isteri

Berita pernikahan pasangan itu diketahui selepas duo pereka fesyen, Seth & Luna memuat naik video persiapan Fauziah dan Zainal di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, pasangan pengantin baharu itu dilihat menyarung busana sedondon berona unggu muda. Fauziah dan Zainal juga dilihat sedang ditata rias oleh jurusolek.
Sementara itu, Ubai ketika dihubungi mengesahkan telah berlangsungnya satu majlis ijab kabul Fauziah dan Zainal yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak.
Imbas kembali, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi era-80 an, ND Lala dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenai hal itu kepada Fauziah di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos 2023.
Pada 5 September 2023, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengesahkan lafaz cerai dibuat ND Lala terhadap Fauziah secara ‘voice note’ di WhatsApp pada 2 Ogos lalu adalah sah.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Ibu Shila Amzah Kembali Bergelar Isteri, Suami Dikenali Sebagai Zainal first appeared on OHBULAN!.





