Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Hazwani Helmi tampil memberi kenyataan mengenai dirinya dan pelakon lelaki yang di ‘ship’ menerusi drama berjudul ‘Iqbal’.
Artikel Berkaitan: Hazwani Helmi Kongsi Kebodohan Tentera Isra**l, Tak Pandai Sebut Nama – ‘Dia Panggil Saya Fazanawi’
Artikel Berkaitan: Hariz Hamdan Lega Hazwani Helmi Selamat Pulang, Netizen Beri ‘Greenlight’ – ‘Jangan Sampai 40 Orang Doakan’
Penjelasan lanjut
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Hazwani menjelaskan mengenai hubungannya yang menjadi bualan hangat bersama seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun.
Menurut Hazwani, tiada apa-apa hubungan yang serius melainkan sekadar teman sekerja.
Jangan kaitkan dengan makhluk yang tengah anda bercakap sekarang.
Saya rasa kena bagi kenyataan.
Individu tersebut ada mesej saya. Tapi dalam mesej itu tidak menggambarkan apa-apa yang anda fikirkan.
Dia hanya tanya okay ke tentang ‘ship’ sebab dia buat untuk meraikan anda dan dalam masa yang sama untuk mempromosikan drama kami.
Saya kongsi pendapat. Hanya setakat itu sahaja, tidak ada lanjutan mesej selepas itu.
Yang itu saya kena jelaskan.
Dalam pada itu, adik kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dirinya tidak meletakkan apa-apa jangkaan pada jodoh namun cukup yang terbaik di sisi Allah.
Perkara sebegini lebih baik kita doa apa yang lebih baik di sisi Allah, sebab saya tak tahu apa yang terbaik untuk saya.
Saya tidak meletakkan jangkaan yang tinggi mengenai jodoh. Saya bukan wanita sempurna.
Cuma sekarang ini tiada apa yang berlaku antara kami.
Sumber: TikTok @iluvv_zaa
The post [VIDEO] Hazwani Helmi Kongsi Isi Mesej Bersama Pelakon Lelaki, Akui Tiada Hubungan Istimewa – ‘Tiada Unsur Seperti Yang Anda Fikirkan’ first appeared on OHBULAN!.




#hazwanihelmi #fyp #fypシviral #content #hiburan
– lluvv_zaa

