Pelakon dan penyanyi, Aqasha menyifatkan tanggungjawab membawa watak Hang Tuah dalam pementasan naskhah epik Puteri Gunung Ledang ibarat memikul batu jemala di atas bahunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Ku Cari Damai Di Hati’, Suara Aqasha Bikin Netizen Terpegun – ‘Rindu Nak Tengok Dia Perform’
Artikel Berkaitan: Aqasha Coret Ucapan Istimewa Untuk Isteri Sempena ‘Anniversary’ Ke-14 – ‘Terima Kasih Jadi Isteri Yang Patuh & Setia’
Tak mudah

Ketika ditemui , pemilik nama penuh Firdee Akassya Rosli, 42, berkata tidak mudah untuk menggalas watak tersebut lebih-lebih lagi ramai yang meletakkan jangkaan tinggi terhadap dirinya.
Bagaimanapun, Aqasha berkata dia akan berusaha sehabis baik bagi menghidupkan watak tersebut.
Saya tak nafikan, mempersembahkan sesebuah watak seperti Hang Tuah merupakan satu tugas yang berat untuk seorang pelakon. Saya rasa macam ada batu jemala besar duduk atas bahu ini.
Tapi saya terima jangkaan ramai itu dengan positiflah cuma saya tahu, sesiapa yang datang tengok karya epik ini, pasti mahu tengok seorang Hang Tuah yang kaya budi bahasa, segak, tangkas dan menjaga pekerti.
Sebenarnya banyak juga benda yang saya kena fikir dan perlu usaha mencari semua itu demi menghidupkan seorang Hang Tuah ini.
Aqasha juga tidak menafikan bahawa watak itu semakin sebati dalam dirinya sehingga perlahan-lahan mempengaruhi kehidupan hariannya selepas menjalani latihan selama berbulan-bulan.
Saya cuma boleh cakap mungkin Hang Tuah itu baru 60-70 peratus dalam diri saya.
Seperti saya cakap, proses mengenali satu karakter itu tak akan habis.
Sebab setiap watak dilihat daripada pelbagai sudut dan akan ada ruang perspektif yang berbeza. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik.
Berkongsi lanjut, Aqasha berkata perwatakannya semakin menyerupai Hang Tuah, terutama dari segi cara berjalan dan berkomunikasi.
Kalau seorang Hang Tuah tu kalau nak berjalan, dia tak boleh terus melakukannya sebaliknya perlu dilakukan minta izin dan buat secara beradab. Barulah nampak Melayu.
Kalau dulu waktu rehat, saya akan jerit ‘kita pergi break’ tetapi sekarang ‘kita pergi makan’. Semuanya memang automatik ada dalam diri sebab kita tak nak mengecewakan orang yang melihat Hang Tuah itu.
The post [VIDEO] ‘Hang Tuah Tugas Yang Berat, Rasa Macam Ada Batu Jemala Besar Duduk Atas Bahu’ – Aqasha first appeared on OHBULAN!.





