33.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amir Masdi Nafi Dakwaan Dingin Dengan SOG – ‘Tak Ada Langsung Isu, Dua Insiden Orang Salah Faham’

    Shopee Sale

    Penyanyi Amir Masdi menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) bermasalah, ekoran mereka tidak naik ke pentas bersama-sama ketika dinobatkan sebagai pemenang kategori Kugiran Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25 baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Peminat Tanya Rahsia Rambut Sihat, Amir Masdi Kongsi Rutin Penjagaan Ringkas

    Artikel Berkaitan: AJL40: Amir Masdi Hargai Sokongan Peminat, Janji Terus Perbaiki Diri – ‘Saya Akan Bekerja Lebih Keras

    Penjelasan Amir

    Ketika ditemui , Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi, 30, menjelaskan tentang situasi sebenar yang berlaku ketika anugerah tersebut berlangsung.

    Menurut Amir, ketika pemenang anugerah tersebut diumumkan dia sedang membuat persiapan di belakang pentas untuk melakukan persembahan.

    Tak ada langsung isu dengan SOG. Ada dua insiden yang orang salah faham. Satu, saya tak naik (pentas), dan satu lagi mereka lupa sebut nama saya tetapi tak ada masalah pun.

    Saya tak naik kerana saya ada di belakang pentas ketika itu. Ada video yang saya kongsikan dekat Instagram ketika itu saya sedang memakai ear monitor sambil meraikan kemenangan tersebut.

    Selepas penyampaian kategori itu adalah slot persembahan saya. Sebab mengapa saya tidak berada bersama mereka di atas pentas adalah kerana saya sedang bersiap untuk persembahan tersebut.

    Dalam masa yang sama, Amir juga tidak berkecil hati apabila namanya tidak disebut mereka ketika memberikan ucapan kemenangan.

    Saya tak ada sebarang isu atau masalah kerana ia adalah kategori kumpulan. Pada saya kemenangan itu lebih kepada mereka, menerusi lagu Mahkota.

    Saya gembira dapat bantu mereka untuk kategori tersebut dan mereka sememangnya layak.

    Amir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Amir Masdi AM:PM Showcase yang berlangsung di Malaysia Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas pada Rabu.

    MENARIK:  Amir Ahnaf Tak Ralat Lepaskan ‘Hang Tuah’, Akui Diri Belum Layak – ‘Aqasha Bagus Untuk Watak Itu’

    Bagaimanapun, pelantun lagu Nurcinta ini berkata, mereka tetap menghubunginya sejurus selepas menerima trofi meskipun tidak sempat meraikan kejayaan bersama pada malam anugerah berkenaan.

    Selepas turun dari pentas mereka terus cari saya tapi kami tak sempat nak jumpa. Tapi mereka adalah hubungi saya melalui panggilan telefon dan WhatsApp.

    Mereka ada beritahu saya yang mereka terlupa kerana terlalu teruja dan saya katakan kepada mereka tidak mengapa.

    Saya berterima kasih kepada mereka kerana memberi peluang untuk berkolaborasi bersama.

    Terdahulu, Amir dan SOG telah memenangi kategori Kugiran Terbaik di pentas AIM25 menerusi kolaborasi mereka di dalam sebuah lagu berjudul Mahkota.

    Namun, kelibat Amir yang tidak kelihatan semasa menerima trofi dan namanya tidak disebut oleh SOG, telah mencetuskan spekulasi mengenai perhubungan mereka.

    The post [VIDEO] Amir Masdi Nafi Dakwaan Dingin Dengan SOG – ‘Tak Ada Langsung Isu, Dua Insiden Orang Salah Faham’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah