33.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Manusia Biasa, Tak Terlepas Daripada Buat Salah’ – Tisha Shamsir Mohon Maaf Kepada Yusof Haslam

    Shopee Sale

    Pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir, memohon maaf kepada penerbit, Datuk Yusof Haslam susulan kes dadah yang membabitkan dirinya.

    Artikel Berkaitan: Salina Saibi Titip Pesanan Kepada Pelakon & Produksi Gerak Khas 2.0 – ‘Tidak Boleh Pergi Disko, No Ganja’

    Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Kembali Dengan Gerak Khas 2.0, Nafi Guna ‘Kabel’ – ‘Semangat Juang Saya Sebab Minat Dengan Dunia Kepolisian’

    Saya mohon maaf

    Tisha atau nama sebenarnya, Shanorbiah Shamsir Alam, 40, turut memohon maaf kepada keluarganya dan mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak menjejaskan nama baik mereka.

    Saya ingin memohon maaf kerana saya sedar perkara ini sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik majikan saya, Datuk Yusof Haslam.

    Saya juga ingin meminta maaf kepada keluarga saya. Saya doakan yang terbaik sahaja.

    Apa pun, ujian daripada Allah itu memang hebat, memang berat. Saya terima dengan hati terbuka dan harap saya kuatlah.

    Bagaimanapun, aktres itu enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, sebaliknya meminta diberikan ruang dan berharap orang ramai tidak terburu-buru menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.

    Saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan. Maaf, saya minta maaf. Saya cuma nak menjalani kehidupan seperti biasa

    Apa yang boleh saya katakan di sini, kita semua manusia biasa. Kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan atau kekhilafan.

    Saya minta netizen di luar sana janganlah terlalu cepat untuk menghukum seseorang.

    Dalam pada itu, Tisha turut mengakui kontroversi yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kerjayanya dalam bidang lakonan.

    MENARIK:  Julia Farhana Pesan Bakat Baharu Bina Nama Dari Bawah – ‘Hantar Portfolio & Pergi Casting’

    Terdahulu, Tisha ditahan pada 7 Julai lalu dan didapati positif methamphetamine sebelum mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 10 Julai.

    Mahkamah membenarkan Tisha diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

    Sumber: Kosmo Online

    The post ‘Saya Manusia Biasa, Tak Terlepas Daripada Buat Salah’ – Tisha Shamsir Mohon Maaf Kepada Yusof Haslam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah