33.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Anak Sulung Nak Kahwin Harap Tolong Urus Semua, Tak Cukup Setakat Sponsor Baju’ – Abby Abadi

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi berharap bekas suaminya, Norman Hakim dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada ketiga anak mereka memandangkan sudah berkemampuan.

    Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Abby Abadi Jawab Konflik Bersama Anak – ‘Sudah Habis Kata-Kata..Saya Tak Berharap Mereka Datang’

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Akui Luahan Di Media Sosial Beri Impak Demi Hak Anak – ‘Walaupun Nampak Macam Saya Yang Teruk..’

    Jaga anak

    Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 49, itu turut mengingatkan agar tindakan yang dibuat terhadap anak-anak bukan sekadar lakonan demi mencipta kandungan di media sosial semata-mata.

    Menyentuh mengenai persiapan perkahwinan anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim, Abby berharap Norman dapat tampil menghulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan.

    Kata Abby, bantuan yang diharapkan bukan sekadar penajaan kecil seperti pakaian sebaliknya penglibatan penuh dalam menguruskan kos serta persiapan majlis secara menyeluruh.

    Dahulu tiada, tidak mengapa. Tak minta buat bodoh sahaja. Sekarang dah kaya raya kan? Harap mewahkan sekali ketiga-tiga anak tu.

    Jangan acah-acah dengan content sahaja. Anak sulung nak kahwin tu harap dapat tolong jayakan majlis dengan ikhlas.

    Mewahkan sebab mampu kan? Tak cukup setakat sponsor baju, uruskan semua.

    Kemelut keluarga Abby dan Norman kembali menjadi bualan warganet apabila aktres itu menitip ucapan ulang tahun yang didakwa ‘menghiris hati’ anaknya, Maria Danisha Hakim.

    MENARIK:  Nashriq Ismail Sabri Bantah Tindakan Tembak Anjing Liar, Cadang Malaysia Contoh Negara Australia Sayang Haiwan

    Menerusi perkongsian sama, Abby berkongsi perasaan mengenai pengorbanan dilakukannya dalam membesarkan anak-anak yang seakan-akan dilupakan.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Anak Sulung Nak Kahwin Harap Tolong Urus Semua, Tak Cukup Setakat Sponsor Baju’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah