30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Hilang Kerja & Kawan Selepas Peluk Islam, Rasa Tenang Ucap Syahadah – ‘Allah Sayang Saya’

    Shopee Sale

    Seorang wanita dikenali sebagai Kak Tan berkongsi pengalaman ketika mula-mula memeluk Islam, termasuk berdepan pelbagai dugaan selepas membuat keputusan tersebut.

    Artikel Berkaitan: ‘Ramai Jadi Mualaf Sebab Kos Kematian Kaum Cina Tinggi… Paling Murah RM20,000 & Paling Mahal RM100,000’

    Dugaan memeluk Islam

    Menerusi perkongsian video di TikTok Ikhlasdotcom, Kak Tan yang berasal dari Perak mendedahkan dia sebelum ini tidak menganut sebarang agama dan menganggap dirinya sebagai ‘free thinker’.

    Menurutnya, sebelum memeluk Islam, dia pernah bimbang akan dipulaukan oleh masyarakat sekeliling kerana terdapat salah faham mengenai hubungan antara agama dan bangsa.

    Saya berasal dari Perak. Sebelum ini saya tiada agama, saya ‘free thinker’. Saya pernah terfikir kalau peluk Islam mesti akan dipulaukan. Kerana orang Cina mempunyai satu pemahaman yang salah.

    Mereka (Cina) berfikir, jika saya peluk Islam, saya akan terus tukar bangsa kepada Melayu. Mereka telah salah faham perbezaan bangsa dan agama.

    Pada satu hari saya ikut seorang kawan pergi ke MAIS, di situ saya mengucap dua kalimah syahadah. Segala urusan ketika itu dipermudahkan.

    Bagaimanapun, keputusan tersebut bukan titik permulaan yang mudah buat Kak Tan apabila dia mendakwa terpaksa meninggalkan pekerjaan lamanya selepas majikan dan rakan sekerja tidak dapat menerimanya memeluk Islam.

    MENARIK:  ‘Insya-Allah, Satu Hari Nanti Malaysia Tuan Rumah Piala Dunia’ – Zahid Hamidi

    Di sebalik pelbagai dugaan yang dilalui, Kak Tan tetap bersyukur dengan perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim dan menganggap ketenangan yang dirasai selepas melafazkan dua kalimah syahadah sebagai satu anugerah.

    Selepas memeluk Islam saya berhenti kerja di tempat lama. Majikan dan rakan sekerja tidak boleh terima saya. Sejujurnya memang banyak dugaan. Terutama susah untuk dapatkan pekerjaan. Itulah dugaan besar.

    Ketika saya mengucap dua kalimah syahadah, perasaan sangat tenang. Allah memang sayang saya. Selagi saya cukup makan, saya tidak duduk merempat, itu sudah buat saya rasa sangat bersyukur.

    Perjalanan memeluk Islam bukan mudah, sebab akan kehilangan semua kawan. Saya sentiasa berdoa kepada Allah berilah peluang kepada saya.

    Apa yang paling membuatkan saya takut adalah apabila meninggal dunia. Pertama, saya tiada keluarga dan tiada kenalan yang ramai.

    Dalam pada itu, Kak Tan turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan selepas menerima tajaan menunaikan umrah daripada sebuah agensi dan membuka peluang buatnya untuk mengunjungi Tanah Suci.

    Sumber: TikTok (ikhlasdotcom)

    The post Wanita Hilang Kerja & Kawan Selepas Peluk Islam, Rasa Tenang Ucap Syahadah – ‘Allah Sayang Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah