Pelakon dan pengacara, Kamal Adli memberikan pandangannya berhubung kenyataan seorang aktor Indonesia mengenai tindakan rakyat Malaysia yang memboikot sebuah jenama dari negara itu.
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Tegur Isu Malaysia-Indonesia, Hormati Bangsa & Budaya – ‘Jangan Cabar, Semuanya Ada Batas’
Artikel Berkaitan: Kahf Mohon Maaf Isu Sindir Beberapa Negara Termasuk Malaysia, Padam Hantaran ‘Beda Level’
Respon Kamal

Ketika ditemui OhBulan, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, berkata, aktor tersebut tidak seharusnya berbuat demikian kerana secara tidak langsung ia telah mengeruhkan lagi ketegangan yang sedang berlaku di antara rakyat dari dua negara.
Saya rasa tak eloklah benda ini. Sebab dia boleh mempengaruhi orang lain. Apa dia cakap tu orang dengar dan benda tu akan bertambah buruk.
Pada asalnya hanya fasal sukan bola sepak sahaja. Bila sudah habis, habislah. Tak payahlah kita nak bawa lagi benda tu.
Dalam masa yang sama, Kamal turut menyifatkan pelakon berkenaan sebagai seorang yang tidak profesional kerana mencetuskan provokasi.
Menurut Kamal, banyak lagi isu-isu lain yang seharusnya diberikan perhatian berbanding perkara tersebut.
Saya rasa dia tak profesional. Saya tahu dia nak macam ‘koyaklah’ sebenarnya. Tapi kita tak payah nak ‘koyak,’ dan tak perlu balas. Kita cuma fokus jaga anak-anak dan keluarga daripada pentingkan isu-isu lain.
Saya tak kenal siapa dia tetapi kalau tengok dari Malaysia mana ada artis atau selebriti yang beria kutuk negara orang. Tak ada pun.
Tak perlu campur hal-hal begini. Pada mulanya cuma fasal bola dan kemudian fasal sebuah jenama. Tak payahlah sampai nak merendahkan negara-negara orang.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 yang diadakan di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur pada Khamis.
Walau bagaimanapun, hos program Melodi itu menasihati orang ramai untuk berhenti memberi sebarang komen atau memuat naik kenyataan yang boleh menjejaskan lagi isu ini.
Untuk kita sebagai rakyat Malaysia, kita sudah suarakan apa yang sepatutnya. Jadi saya rasa kita patut hentikan.
Biar mereka dengan bayang-bayang mereka. Cukuplah. Level kita bukan macam ini.
Kita tak perlu sampai menghina pemimpin atau rakyat mereka. Kita pun ada berkawan dengan rakyat mereka di sini dan ada yang berkerja bersama-sama.
Netizen kita, cukuplah tak payah layan baik fokus dekat isu jerebu yang makin teruk ni.
Terdahulu, pelakon Indonesia, Boy Hamzah mengulas tentang gerakan boikot rakyat Malaysia terhadap sebuah jenama produk penjagaan diri.
Menerusi sebuah video, aktor tersebut kemudian membandingkan jumlah populasi rakyat Indonesia yang lebih ramai dari Malaysia.
Berdasarkan perbezaan itu, dia mendakwa tindakan boikot yang dilakukan rakyat Malaysia tidak akan memberi impak besar kepada jenama terbabit.
Malah, dia turut menyentuh soal sejarah dengan mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia.
The post [VIDEO] Kamal Adli Kurang Senang Aktor Indonesia Ulas Isu Boikot, Nasihat Netizen Malaysia Henti Balas Komen Negatif first appeared on OHBULAN!.





