30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aiman Banna Jawab Dakwaan Cari Isteri Ketiga, Nafi Berpoligami Kerana Nafsu 

    Shopee Sale

    Pendakwah dan penulis, Aiman Banna tampil menjawab dakwaan dirinya sedang mencari calon isteri ketiga seperti yang tular di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Aiman Banna Tegur Iftar ‘Date’ Pasangan Kekasih, Ingatkan Tentang Dosa Terbuka – ‘Maksiat & Berdosa’

    Artikel Berkaitan: Dakwa Dajjal Handsome Mirip Nabi Isa, Aiman Banna Cetus Kontroversi Lagi

    Aiman Banna cari calon isteri ketiga

    Menerusi hantaran di Instagram, Aiman menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia mahu berpoligami semata-mata untuk memenuhi nafsu.

    Ada yang menuduh saya bernafsu, tak cukup satu, nak cari dara je, tak cari yang janda hanya sebab saya poligami. 

    Sedangkan calon isteri kedua saya 5 tahun lepas ialah seorang Muallaf janda anak 2. Isteri kedua saya ialah seorang pelarian janda, anak seorang. 

    Niat saya dan isteri, nak bantu mudahkan setelah Allah melapangkan rezeki kami.

    Mengulas nengenai perkongsian yang tular baru-baru inu, Aiman menafikan dakwaan bahawa dia menggodam akaun media sosial isterinya untuk memuat naik hantaran mengenai pencarian calon isteri ketiga.

    Demi Allah isteri saya yang pos sendiri. Saya dah kata, tak perlu dan jangan. Tapi, dia insist untuk buat sebagai inisiatif dia sendiri.

    Ada juga yang tuduh isteri saya nak cari maid, nak cari bibik untuk uruskan rumah dan anak. Alhamdulillah, saya memang dah sediakan maid untuk isteri saya selama ini. 

    Dan untuk setiap isteri, disediakan rumah, kereta asing-asing. Bukannya duduk satu rumah sekali. Masing-masing disediakan makan, minum dan nafkah duit belanja bulanan.

    Susulan itu, Aiman menyeru orang ramai supaya tidak membuat andaian buruk atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya dan keluarga.

    Sebagai muslim dan muslimah, kita hendaklah sama sama mendoakan kebaikan, dengan penuh sangka baik… bukan berburuk sangka dan bagi kata kata yang jahat dan kesat. Mereka yang komen emosi saya maafkan kerana Allah.

    Saya berharap saya dan beberapa sahabat Muslim boleh bersama sama untuk menormalisasikan poligami yang harmoni, yang adil, yang baik. Kerana ia Sunnah baginda Nabi, jadi kita cuba buat yang terbaik.

    Terdahulu, seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri Aiman memaklumkan bahawa dia sedang membantu suaminya mencari wanita yang bersedia menjadi isteri ketiga.

    MENARIK:  Peniaga Cendol Bongkar Taktik Pelancong ‘Mat Saleh’ Dapat Makanan Percuma

    Sumber: Instagram

    The post Aiman Banna Jawab Dakwaan Cari Isteri Ketiga, Nafi Berpoligami Kerana Nafsu  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah