30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ain Edruce Akui Tak Semak Harga Sebelum Beli Tiket F1 RM8k – ‘Saya Bayangkan Seat Tu Mesti Best’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsi pengalamannya membeli tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain lebih mahal berbanding harga asal.

    Artikel Berkaitan: Ain Edruce Terkejut Tahu Harga ‘Grandstand’ F1 Tak Sampai RM8,000

    RM8k sehari

    Ketika ditemui , pemilik nama Nurul Ain Edruce, 35, memberitahu, pada awalnya dia sangat teruja untuk memberi kejutan kepada suami dengan pembelian tiket berkenaan.

    Namun, Ain sama sekali tidak menyangka bahawa harga tiket yang dibelinya terlalu mahal.

    Mula-mula memang gembiralah bila dapat beli tiket, tapi dia (suami) kasihan jugalah sebab ramai saja orang yang jual semula dengan harga lebih murah.

    Bila tengok orang beratur panjang nak naik shuttle bus terfikir juga nak jual tiket tu, tapi siapa nak beli harga RM8,000. Akhirnya saya dan suami pergi juga dan orang tegur ini yang beli tiket RM8,000 tu kan, kenapa duduk sini.

    Jadi saya tahulah tiket dibeli itu melampau betul harganya. Amirul bila dapat tiket itu bukan sebab saya buat kejutan sweet, tetapi harga tiket yang melampau itu.

    Menurut Ain, tiket tersebut dibeli menerusi sebuah laman web dan dia mengakui tidak membuat perbadingan harga asal terlebih dahulu di platform rasmi.

    Saya kena scam tapi saya dapat tiket itu, cuma harganya melampau.

    Orang beli tiket tu RM2,000 untuk seorang, konon-konon nak buat kejutan untuk suami, kita pula tak tahu fasal sukan permotoran ni.

    Waktu itu saya sedang berurut, nak tenang-tenang malas fikir. Jadi saya buka saja satu laman web ini dan terus beli.

    Ain berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 yang diadakan di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Podcast Kisah Budak Asrama, Hairan Topik Letak Racun Dalam Makanan Dibuat Main?

    Mengulas lanjut, hos program Melodi ini berkata, padanya harga tiket RM8,000 tersebut masih berbaloi untuk dibeli dengan harapan akan mendapat tempat duduk yang lebih baik.

    Tambah Ain, dia juga kurang pengetahuan mengenai sukan berkenaan, sekali gus menyebabkan dirinya menyangka harga tersebut sepadan dengan pengalaman menonton perlumbaan F1.

    Saya tengok harga RM8,000 tu rasanya tidaklah mahal sangat tetapi tidak juga murah.

    Saya bayangkan seat itu mesti best, jadi saya belilah. Disebabkan tak tahu tentang sukan F1 itu, Threads saya tak banyak keluar tentang sukan tersebut.

    Sekali saya tengok rupanya tiket itu harga RM2,000 untuk tiga hari. Saya beli sehari RM8,000. Dah terbeli nak buat macam mana kan.

    Terdahulu, Ain berkongsi mengenai pembelian tiket tersebut di Threads dan menerima pelbagai komen daripada warganet.

    Ain juga memuat naik reaksi Amirul yang terkejut selepas mengetahui harga tiket F1 yang dibelinya.

    The post [VIDEO] Ain Edruce Akui Tak Semak Harga Sebelum Beli Tiket F1 RM8k – ‘Saya Bayangkan Seat Tu Mesti Best’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah