27 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM

    Shopee Sale

    Penerbit dan pengarah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL), Puan Sri Tiara Jacquelina mengakui berasa bersalah terhadap sekitar 22,000 peminat yang tidak berpeluang membeli tiket menyaksikan pementasan teater berkenaan yang kembali dipentaskan selepas 20 tahun.

    Artikel Berkaitan: Tiara Jacquelina Gembira Dapat Jumpa Hafiz Suip Selepas 15 Tahun, ‘Throwback’ Momen Di AF7 – ‘Dia Masih Panggil Saya Pengetua’

    Artikel Berkaitan: Netizen Tak Sabar Lihat Mila Mohsin Bawa Legasi Tiara Jacquelina Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Selayaknya! Sebak Tengok Poster Ini..’

    Terkilan

    Ketika ditemui , Tiara berkata dia turut menerima mesej daripada peminat yang merayu untuk menyaksikan pementasan itu walaupun terpaksa berdiri atau duduk di ruang yang tidak disediakan tempat duduk.

    Ada yang merayu kepada saya, mereka kata sanggup berdiri dan duduk di tangga asalkan dapat menonton PGLM.

    Terus-terang saya rasa sangat bersalah dan kasihan kepada 22,000 orang yang masih beratur dalam talian tetapi tidak berpeluang membeli tiket sebab sudah ‘sold out’.

    Kalaulah dewan itu milik kami, sudah tentu kami mahu masukkan semua orang. Tetapi sayangnya ada pementasan lain yang menanti sejurus selepas PGLM.

    Bukan sahaja peminat, Tiara juga berkongsi pengalamannya mendapatkan satu tiket untuk suaminya, Tan Sri Effendi Norwawi.

    Saya sendiri hanya dapat satu tiket untuk suami saya sebab pada awalnya mahu membeli nanti tetapi hari-hari lain semuanya habis terjual.

    Satu tiket itu pun saya beli sekadar nak mencuba apabila talian dah dibuka. Tak sangka rupanya tak sempat nak beli tiket yang lain.

    Dalam pada itu, Tiara meluahkan rasa terharu apabila naskhah epik ini menerima respons yang positif apabila sebanyak 23,000 tiket berjaya dijual dalam tempoh dua jam sahaja selepas jualan dalam talian dibuka pada 25 Ogos lalu.

    Kalau sesuatu karya itu bagus, pasti akan bertahan lama, buktinya apabila 23,000 tiket terjual dalam dua jam.

    Tak pernah terjadi dalam Malaysia untuk ‘show’ lain sekali pun. Itu bukti yang masih ada orang nak tengok PGL.

    Mengulas mengenai kemungkinan membawa pementasan ini ke negara jiran seperti Singapura, Tiara berkata perancangan itu masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan.

    Dalam media sosial, peminat dari Singapura turut bising dan mengadu tidak sempat merebut tiket.

    Dulu sewaktu kami ke Esplanade Theatres sekitar tahun 2006, kehadiran penonton ‘full house’ sehingga terpaksa tambah dua persembahan lagi.

    Sebenarnya kami sedang dalam perbincangan dengan pihak berkaitan untuk PGLM ke sana namun pementasan sebesar ini bukan mudah untuk dipindahkan, insya-Allah kalau ada rezeki.

    Difahamakan, pementasan PGLM kali ini bakal mencatat sejarah tersendiri apabila dipentaskan JCPAC Sunway Square yang disifatkan Tiara sebagai dewan teater paling canggih di Malaysia lengkap dengan teknologi terkini serta keselesaan visual optimum dari setiap sudut tempat duduk.

    MENARIK:  Video: Adakah Yang Lelaki Benar-Benar Tidak Bersalah Apabila Anak Saya Dipanggil Penyondol? - Abby Abadi

    PGLM yang dibarisi Mila Mohsin dan Aisha Retno sebagai Gusti Putri, Aqasha (Hang Tuah), Mimi Fly dan Nadia Aqilah (Bayan), Luqman Hafidz (Sultan Melaka) serta Yisof Hashim (Gusti Adipato) bakal dipentaskan bermula 31 Oktober hingga 15 November ini.

    The post [VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah