
Pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman mendedahkan sudah lebih setahun tidak berjumpa dengan anaknya, Myra Natasha.
Ada cuba mesej tapi tak berbalas

Menurut pemilik nama Abdul Halim Othman ini, dia ada cuba berhubung dengan Myra melalui hantaran mesej namun tidak dibalas.
Dah lebih satu tahun saya tak berjumpa dengan dia tetapi saya mahu berikan dia ruang untuk bertenang.
Ketika ini kami tak adalah kerap berhubung cuma saya ada hantar mesej kepada dia dengan harapan kita akan berjumpa semula.
Tetapi dia masih belum membalas mesej saya.
Ketika ditanya mengenai pembedahan yang perlu dijalani Myra selepas mengalami kecederaan patah jari kaki kelingking, bekas penyampai radio Era FM itu memaklumkan tidak mengetahui mengenai kejadian tersebut.
Mengenai itu saya tak tahu sebab dia tak maklumkan kepada saya.
Halim berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Aurum Theatre, The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sambutan raya meriah

Berkongsi mengenai sambutan raya, Halim berkata, Aidilfitri tahun ini antara yang paling meriah kerana dapat diraikan bersama keluarga di Terengganu.
Sambutan raya tahun ini sangat meriah, dapat berjumpa dengan sanak saudara di Terengganu.
Saya balik ke sana selepas 10 hari daripada Aidilfitri.
Sekadar info, Myra mula menyorot perhatian ramai apabila mendakwa Halim dan ibunya tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana yang dicanang sebelum ini.
Lebih mengejutkan, pelakon berusia 30 tahun itu mendedahkan dia sebenarnya anak tidak sah taraf atau anak luar nikah.
Menurut Myra, tujuan dia menipu adalah untuk menjaga nama baik keluarga.





