30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri

    Shopee Sale

    Penyanyi, Hafiz Suip mengesahkan dirinya sudah sah bercerai talak satu dengan isteri iaitu Nureffy Jasreel Abdullah pada 29 Mei lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.

    Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Akui Sifat Amarah Punca Hidup Hancur, Banyak Buat Keputusan Salah Untuk Diri & Keluarga

    Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak, Sedih Bila Dianggap Diri Jahat

    Jodoh tidak panjang

    Ketika ditemui , Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip berkata, hak penjagaan anak-anak buat masa ini diberikan sepenuhnya kepada bekas isteri.

    Ujar pelantun lagu ‘Noktah Cinta’ itu, dia tidak mahu merumitkan sebarang proses kerana baginya ibu merupakan tempat perlindungan terbaik bagi anak-anak.

    Secara rasmi saya sudah bercerai talak satu dengan isteri pada 29 Mei lalu. Anak-anak di bawah jagaan bekas isteri sebab bagi saya, saya tak nak menimbulkan masalah.

    Dan secara rasionalnya, kalau saya berada di situasi itu sudah tentu saya akan pilih untuk bersama mak sebab anak-anak ini lebih kepada mak.

    Bukanlah kata anak-anak tak perlukan bapa tapi bapa ini lebih kepada ‘support’ anak-anak dia.

    Tipulah kalau kata saya tak terfikir malah setiap hari saya memikirkan mereka. Hari-hari nak telefon tetapi mereka ada jadual mereka, persekolahan mereka.

    Jadi saya rasa mak (bekas isteri) adalah yang terbaik untuk buat penjagaan.

    Hafiz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui sewaktu sesi beramah mesra bersama media yang diadakan di restoran Bienz, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

    Hubungan baik demi anak-anak

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun ini memaklumkan hubungan mereka masih baik demi kelangsungan hidup anak-anak.

    MENARIK:  Nak Kulit Cantik Kena Banyak Minum Air, Mitos Atau Fakta? – Ini Rahsia Disebalik Kulit Sihat

    Kata Hafiz, dia akan turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan anak-anak memandangkan kini menetap di Kuching, Sarawak.

    Hubungan saya dengan bekas isteri baik malah kami masih berhubung sebab dia tetap ibu kepada anak-anak saya.

    Alhamdulillah, kami tak ada pun bermasam muka ke apa.

    Sekarang saya dan bekas isteri masih dalam proses perbincangan tentang urusan anak-anak. Contohnya macam mana saya nak berjumpa dengan mereka sama ada sebulan sekali saya akan ke Kuala Lumpur.

    Saya tak mahu menimbulkan masalah. Cukuplah turun naik mahkamah untuk urusan penceraian. Penat.

    Ketika ditanya adakah kesal dengan kemelut rumah tangga yang berlaku, Hafiz memaklumkan dirinya menganggap perceraiannya dengan bekas isteri sebagai satu pengajaran dalam kehidupannya.

    Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah pengajaran dan pengalaman.

    Ia juga satu takdir, kita hanya perlu jalani kehidupan seterusnya. Jangan saling menyalahkan kerana hati kita tidak akan rasa tenang.

    Dalam Islam juga ada mengajar kalau nak rasa tenang kita kena berdamai dengan takdir. Nasihat saya kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak dan bersikap matang.

    Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun.

    The post [VIDEO] Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Pada Mei Lalu, Serah Hak Penjagaan Kedua Anak Kepada Bekas Isteri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah