Gara-gara mengidam emas ketika kehamilan ketiga, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad sanggup berkunjung ke daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menghadiahkan dirinya aksesori berharga itu.
Artikel Berkaitan: Individu Kerja Sambilan Di Restoran London Dedah Adab Uyaina Arshad – ‘90% Sombong Kecuali Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Sangat Hebat!’ – Uyaina Arshad Kagum Dengan Ketabahan Wanita Hamil Di Usia 40 Tahun Ke Atas
Mengidam emas

Uyaina atau nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, mengakui kehamilannya pada kali ini berbeza kerana sebelum ini dia hanya mengidam makanan.
Kata Uyaina, dia memberanikan diri untuk berkunjung ke daerah itu selepas ramai mengesahkan harga emas di Kuala Pilah berbeza dengan negeri lain.
Ramai orang Kuala Pilah kata emas mereka murah. Untuk mendapatkan kepastian, saya pun pergi dan ternyata memang benar, bukan dongeng!
Saya masuk lapan kedai, survey satu per satu. Saya tengok harga emas, harga upah, reka bentuk dan kemudian buat perbezaan antara kedai yang saya masuk.
Dalam pada itu, Uyaina meluahkan rasa puas hati apabila berjaya mendapatkan emas yang diidamkannya.
Uyaina turut memaklumkan dia masih belum mengetahui anak dalam kandungannya kini.
Kalau perempuan, ia menjawab semuanya kenapa saya suka emas.
Kalau lelaki, mungkin dia akan jadi tauke kedai emas terkemuka suatu hari nanti.
Untuk info, Uyaina kini sedang hamil cahaya mata ketiga hasil perkahwinan dengan penyanyi, Raja Shahiran.
Pasangan itu juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Gara-Gara Mengidam Emas, Uyaina Arshad Sanggup Ke Kuala Pilah – ‘Memang Betul Harga Murah, Bukan Dongeng’ first appeared on OHBULAN!.





