26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fiza Halim Sambut ‘Birthday’ Bersama Kekasih, Netizen Doa Cepat Kahwin

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Fiza Halim menyorot perhatian ramai apabila memuat naik momen dirinya menyambut ulang tahun bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Helmi di TikTok.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiza Halim Dalam Fasa Bahagia, Dedah Bercinta Dengan Duda Anak Satu – ‘Yang Penting Dia Bukan Suami Orang’

    MENARIK:  Budak 10 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Selepas Makan Tart Keju

    Artikel Berkaitan: 3 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Fiza Halim Diceraikan Melalui WhatsApp

    Berpegangan tangan sambut hari lahir

    " data-video-id="7542366601627061512" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @fizahalimofficial

    Thank you for making my birthday the most memorable day of my year… Another year older #birthdaysurprise 🎉🎁 Tq 🤍 @HelmiBoss79

    ♬ original sound – Fiza Halim Official – Fiza Halim Official

    Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Fiza atau nama lengkapnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim dan Helmi berjalan sambil berpegangan tangan di perkarangan sebuah hotel.

    Bekas anggota kumpulan Elite itu turut berkongsi momen dirinya memotong kek sambil menzahirkan ucapan terima kasih buat Helmi atas sambutan hari lahir yang dilakukan.

    Terima kasih kerana menjadikan hari lahir saya paling bermakna dalam tahun ini.

    Kini (usia) saya bertambah setahun lagi.

    Terima kasih Helmi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari lahir buat Fiza.

    Malah, ada juga yang berteka-teki mengenai hubungan Fiza dengan Helmi dan mendoakan agar mereka cepat bertemu jodoh.

    Komen netizen

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Fiza Halim Sambut ‘Birthday’ Bersama Kekasih, Netizen Doa Cepat Kahwin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah