28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Budak 10 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Selepas Makan Tart Keju

    Shopee Sale



    Seorang kanak-kanak leleaki berusia 10 tahun meninggal dunia disyaki mengalami keracunan makanan selepas makan tart keju yang dibeli bapanya.

    Salam takziah

    Memetik laporan Sinar Harian, mangsa iaitu Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal menghembuskan nafas terakhir pada Khamis di Sandakan.

    Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sana, mangsa mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan.

    Kes kematian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan sejarah memakan makanan yang dibeli oleh bapanya iaitu disyaki tart keju pada 23 Julai lalu (Selasa).

    Mangsa yang mengalami sawan pada 24 Julai lalu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

    Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan.

    Maklumat awal yang diperoleh, menyatakan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga ada memakan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama serta diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

    Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk memeriksa sejarah lengkap pergerakan dan pendedahan kes bagi mengetahui punca kematian mangsa

    Sampel makanan dan persekitaran turut diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian.

    MENARIK:  Bukan Sekadar Beri Aroma Dalam Masakan, Ini Manfaat Kesihatan Serai Yang Ramai Tidak Tahu

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah