Industri kreatif tempatan bakal menerima suntikan dana melebihi RM130 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi merancakkan pertumbuhan sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif negara.
Peruntukan untuk industri kreatif tempatan

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan itu turut merangkumi insentif tambahan kepada karya yang mengangkat budaya dan identiti kebangsaan, selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
Industri karya kreatif terus diperkasa bagi mengangkat citra negara, mencipta pekerjaan dan membawa kisah Malaysia ke pentas dunia.
Insentif turut disediakan kepada produksi filem dan animasi tempatan serta produksi antarabangsa yang menjalankan penggambaran di Malaysia.
Selain sokongan kewangan kepada penggiat industri, kerajaan turut mengumumkan pengecualian penuh duti hiburan bagi tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan bermula 2027.
Langkah itu diharap dapat menggalakkan orang ramai menyokong karya tempatan, di samping membantu penggiat seni mengembangkan industri kreatif negara.
Mulai 2027, tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan dikecualikan sepenuhnya duti hiburan.
Kita menyeru kerajaan negeri mengambil langkah serupa bagi menyokong pengkarya tempatan,” katanya.
Dalam usaha memperluas pasaran kandungan tempatan, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembangunan sektor animasi dengan sasaran menghasilkan 20 harta intelek (IP) baharu.
Inisiatif itu juga merangkumi usaha mengkomersialkan watak-watak ciptaan tempatan supaya mampu bersaing di pasaran global.
Melalui langkah berkenaan, industri animasi Malaysia berpeluang memperluas nilai komersial hasil kreatif tempatan, sekali gus memperkenalkan budaya dan identiti negara kepada khalayak antarabangsa.
The post Berita Baik Buat Industri Kreatif! Lebih RM130 Juta Diperuntukkan, Filem & Teater Tempatan Bebas Duti Hiburan first appeared on OHBULAN!.





